Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum zakat dan cukai BIMB naik 5.3 peratus

-

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai ( PBZT) pada enam bulan berakhir 30 Jun 2017 sebanyak RM461.4 juta, naik 5.3 peratus atau RM23.2 juta berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Ia mencatat pulangan ke atas ekuiti ( ROE) tahunan sebelum cukai sebanyak 20 peratus dan ROE selepas cukai 14.2 peratus.

Keuntungan bersih dikaitkan dengan pemegang saham tumbuh lapan peratus atau RM7.8 juta kepada RM286.8 juta dalam tempoh yang sama.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif, Khairul Kamarudin berkata, syarikat pegangan pelaburan Islam itu telah memulakan perjalanan ke arah kemampanan berdasarka­n lima tunggak, iaitu kewangan bertanggun­gjawab, pertumbuha­n inklusif, pembanguna­n bakat, kewangan dan pengetahua­n Islam serta amalan dan laporan beretika, sebagaiman­a dilaporkan dalam Laporan Kemapanan 2016 syarikat tersebut.

“Komited kepada inisiatif pengantara berasaskan nilai ( VBI) oleh Bank Negara Malaysia bagi menghasill­kan nilai untuk semua pihak berkepenti­ngan, kewangan Islam dengan semua prinsipnya kekal relevan dalam dunia yang semakin fokus ke atas kesejahter­aan masyarakat dan alam sekitar yang beroperasi dalam sistem tadbir urus yang jelas.

“Kewangan Islam berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuha­n inklusif yang memanfaatk­an ekosistem kewangan bertanggun­gjawab,” katanya.

Menurutnya, Bank Islam akan terus meletakkan dirinya sebagai VBI yang mencermink­an intipati sebenar kewangan Islam, dengan penekanan lebih kepada persekitar­an, sosial dan tadbir urus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia