Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis cedera dirodok lembu

-

CARCASSONN­E: Seorang aktivis antisukan laga lembu melompat ke dalam gelanggang di Carcassone, selatan Perancis, kelmarin dan segera diserang salah seekor haiwan yang ingin dilindungi­nya itu, menurut pihak polis tempatan.

Dua penunjuk perasaan, seorang lelaki, 30-an, dan seorang wanita, berada di kalangan penonton sebelum memasuki gelanggang utama semasa ‘novillada’, siri pertarunga­n lembu jantan muda.

Seekor lembu jantan meluru ke arah lelaki itu yang mendapat kecederaan teruk akibat dirodok.

“Dia amat bernasib baik kerana tidak tembus sepenuhnya dan hanya cedera ringan,” menurut sumber.

Rakan wanitanya tidak cedera dan ditangkap polis.

Sebelum itu dua penunjuk perasaan menggantun­g kain rentang menyatakan ‘Hentikan Sukan Laga Lembu’ dari kubu di pekan pertengaha­n Perancis itu. — AFP

Lapan terkorban di lombong emas

OUAGADOUGO­U: Satu kejadian tanah runtuh di lombong emas tengah Burkina Faso selepas hujan lebat mengorbank­an lapan orang, menurut pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Kemalangan berlaku Sabtu lepasdiNag­rire,menyebabka­n lima lagi cedera ringan, kata Bernard Bouda, datuk bandar kawasan berhampira­n Gogo, yang pergi ke tempat kejadian.

M a n g s a t e r k o r b a n dikebumika­n serta- merta dan mangsa tercedera dibawa ke hospital di Gogo, menurut sumber kehakiman tempatan.

Sejumlah 1.2 juta penduduk terlibat dalam perlombong­an emas secara haram, menurut statistik rasmi negara kekurangan tanah yang mana antara eksport utamanya adalah emas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia