Utusan Borneo (Sarawak)

Militan hamil dipenjara 90 bulan

Wanita radikal pertama rancang serang istana Presiden Indonesia

-

JAKARTA: Seorang wanita tempatan dijatuhkan hukuman penjara tujuh setengah tahun atas penglibata­nnya d a l a m r a n c a n g a n diinspiras­ikan kumpulan militan Islamic State (IS) untuk melancarka­n serangan bom nekad ke atas istana presiden di Jakarta, menurut peguamnya semalam.

Dian Yulia Novi ditangkap di rumah penginapan­nya bersama tiga kilogram bom yang disimpan dalam periuk tekanan tinggi pada malam sebelum serangan yang dirancang Disember lepas.

Novi, 28, bekas pekerja pendatang yang sedang hamil sembilan bulan, didapati bersalah melakukan tindakan keganasan oleh Mahkamah Daerah Jakarta Timur pada Jumaat lepas, menurut peguamnya.

“Hakiim menyatakan apa yang telah dilakukann­ya bertentang­an dengan usaha kerajaan untuk menangani keganasan dan menimbulka­n ketegangan umum,” kata peguamnya Kamsi.

Ini kali pertama seorang wanita disabitkan atas satu rancangan bom nekad di Indonesia dan menunjukka­n wanita kini mulai memainkan peranan lebih aktif dalam kegiatan ekstremis kejam.

Novi dan suaminya Muhammad Nur Solihin antara lima militan yang ditahan atas serangan yang dirancangk­an pada tahun lepas.

Seorang lagi wanita yang dikatakan merekrut Novi, dinamakan sebagai Tutin Sugiarti, dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun pada Jumaat lepas, menurut Kamsi.

Pihak polis percaya kumpulan itu ada hubungan rapat dengan Bahrun Naim, militan terkenal Indonesia yang sekarang berperang bersama IS di Syria.

Ramai penduduk Indonesia, yang telah lama berjuang dengan militan Islam, berkumpul menyertai IS di Timur Tengah, sementara pihak radikal di tanah air yang menjanjika­n kesetiaan kepada kumpulan itu merancang serangan tempatan.

Kaum wanita Indonesia, sering bersifat radikal dalam media sosial, telah mengambil peranan yang lebih aktif dalam fahaman ekstremis kejam, menurut laporan terbaharu Institut Polisi Analisis Konflik yang berpangkal­an di Indonesia.

Kamsi menyatakan hakimhakim telah mengemukak­an keputusan lebih awal daripada yang dijangkaka­n kerana Novi sedang mengandung.

Dia tidak akan mengemukak­an rayuan bagi pensabitan dan hukumannya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DISABITKAN: Gambar fail 21 Jun menunjukka­n Novi (dua kiri) dibicaraka­n bersama suaminya Muhammad Nur Solihin (dua kanan) dan rakan tertuduh Ika Puspita Sari (kiri) dan Agus Supriyadi di mahkamah di Jakarta.
— Gambar Reuters DISABITKAN: Gambar fail 21 Jun menunjukka­n Novi (dua kiri) dibicaraka­n bersama suaminya Muhammad Nur Solihin (dua kanan) dan rakan tertuduh Ika Puspita Sari (kiri) dan Agus Supriyadi di mahkamah di Jakarta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia