Utusan Borneo (Sarawak)

Menipu, rasuah, 51 didakwa di Vietnam

-

HANOI: Seorang bekas jutawan perbankan dan 50 lagi dibicaraka­n di Vietnam semalam atas penipuan jutaan dolar di sebuah bank swasta utama, ketika negara komunis ini membantera­s kegiatan rasuah dalam sektor tersebut.

Dalam perbicaraa­n terbaharu, bekas pengerusi Ocean Bank, Ha Van Tham, dituduh meluluskan secara tidak sah beberapa pinjaman bernilai AS$23 juta pada 2012, menyebabka­n kejatuhan bank dan kehilangan statusnya sebagai salah seorang lelaki terkaya di negara tersebut.

Tham dan 50 lagi pegawai bank serta ahli perniagaan, kebanyakan daripada mereka bekerja di Ocean Bank, berdepan dengan pelbagai tuduhan berkaitan dengan pinjaman haram dalam perbicaraa­n selama 20 hari yang telah dimulakan semalam.

Sebahagian tertuduh berdepan dengan hukuman mati, menurut kepada pensabitan yang panjang.

Perbicaraa­n melibatkan seramai 50 orang peguam bela dan lebih dari 700 orang saksi, serta kali kedua tertuduh telah muncul selepas satu perbicaraa­n Mac lepas ditangguhk­an bagi siasatan selanjutny­a.

Tham telah dituduh sebagai meluluskan pinjaman untuk syarikat hartanah Trung Dung tanpa cagaran yang sepatutnya.

Ketua bagi syarikat hartanah, Pham Cong Danh, sekarang dipenjarak­an bagi satu pensabitan berasingan melibatkan pengurusan salah ekonomi.

Ocean Group, yang termasuk subsidiari hartanah dan hotel, menikmati peningkata­n mendadak selepas diasaskan pada 2007, dan dinilaikan pada AS$500 juta pada 2013 di bawah penyeliaan Tham.

Namun selepas Tham ditangkap pada 2014, kebanyakan cawangan bank ditutup dan State Bank of Vietnam, bank pusat, mengambil alih Ocean Bank dengan nilai sifar.

Ocean Group masih aktif dalam bidang hartanah dan perhotelan serta perkhidmat­an, dinilaikan kira-kira AS$3.5 juta pada 2016, menurut laman sesawangny­a.

September tahun lepas, 36 bekas pekerja Vietnam Constructi­on Bank dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas dituduh mengeluark­an secara rahsia berjuta-juta dolar daripada akaun pelanggan mereka untuk pinjaman atau simpanan sendiri.

Pada bulan ini Jerman menuduh Vietnam menculik Trinh Xuan Thanh, bekas eksekutif minyak yang dituduh atas kegiatan rasuah, dari sebuah taman di Berlin.

Pihak berkuasa di Vietnam menyatakan dia sendiri menyerah diri kepada polis di Hanoi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA: Kombinasi gambar menunjukka­n (dari kiri) Nguyen Xuan Son, Ha Van Tham dan Pham Chong Danh dalam perbicaraa­n di Mahkamah Rakyat di Hanoi, semalam.
— Gambar AFP DIDAKWA: Kombinasi gambar menunjukka­n (dari kiri) Nguyen Xuan Son, Ha Van Tham dan Pham Chong Danh dalam perbicaraa­n di Mahkamah Rakyat di Hanoi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia