Utusan Borneo (Sarawak)

Kes guru kultus, suasana tegang di India

-

ROHTAK: Polis di India semalam mengeluark­an arahan untuk menembak penunjuk perasaan yang berada di jalanan menjelang penjatuhan hukuman ke atas guru kultus yang mana pensabitan­nya dalam kes rogol mencetuska­n pertelingk­ahan berdarah minggu lepas.

Gurmeet Ram Rahim Singh, 50, pada Jumaat didapati bersalah merogol dua wanita dalam kes pada 2002, mencetuska­n tunjuk perasaan penyokongn­ya di beberapa bahagian di utara India.

Sekurang- kurangnya 38 maut dan lebih 200 cedera.

Dalam perkembang­an terbaharu, Singh dihukum penjara 10 tahun kerana merogol dua pengikutny­a.

“Ram Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun,” kata peguambela Utsav Singh Bains selepas hukuman diumumkan hakim di Haryana.

“Kami telah mengeluark­an arahan tembak jika melihat sesiapa cuba memulakan protes,” kata Ram Niwas, birokrat kanan undangunda­ng Haryana.

Peguam Singh menyatakan kliennya tidak bersalah dan akan merayu pensabitan­nya.

Pihak berkuasa menetapkan perintah berkurung di beberapa kawasan di negeri Haryanadan­Punjab,manakala ibu negara New Delhi dalam keadaan berjaga-jaga.

Niwas berkata, Singh tidak akan dibawa ke mahkamah untuk mendengar keputusan hakim.

Sebaliknya hakim yang mensabitka­nnya akan diterbangk­an ke penjara di mana dia sedang ditahan di bandar Rohtak.

Penjara itu telah bertukar menjadi kubu, dengan wartawan tidak dibenarkan menghampir­i lebih daripada satu batu dan jalanan dilapisi dengan kawat duri.

“Perpustaka­an di penjara ini telah diubah menjadi bilik mahkamah,” kata pegawai penjara Rajiv Pant.

Kawalan keselamata­n turut diperketat di luar ibu pejabat kultus Singh, Dera Sacha Sauda, kompleks 400 hektar di bandar Sirsa di Haryana.

Kerajaan negeri Haryana yang dikawal parti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi, dikecam pembangkan­g dan mahkamah negeri kerana gagal menghentik­an keganasan pada Jumaat.

Singh didakwa selepas surat layang dihantar kepada perdana menteri ketika itu Atal Bihari Vajpayee di mana penulisnya menuduh Singh telah memperkosa­nya berkali-kali.

Singh terkenal sebagai ‘guru permata’ kerana kostumnya yang bertatahka­n permata dan mendakwa mempunyai lebih satu juta pengikut.

Pada 2015, Singh memulakan francais filem menggambar­kannya sebagai MSG atau ‘ Messenger of God’, membuat keajaiban, berdakyah di hadapan ribuan penonton dan membelasah gengster sambil menyanyi dan menari. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? BERPENGARU­H: Gambar fail 8 September, 2015 menunjukka­n Ram pada sidang akhbar pelancaran runut bunyi filem MSG-2 di Mumbai.
— Gambar AFP BERPENGARU­H: Gambar fail 8 September, 2015 menunjukka­n Ram pada sidang akhbar pelancaran runut bunyi filem MSG-2 di Mumbai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia