Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat kesemua kelasi John S. McCain ditemui

-

SINGAPURA: Pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat ( AS) semalam mengesahka­n laporan penemuan mayat kesemua 10 kelasi yang terkorban selepas kapal perang John S. McCain berlanggar dengan sebuah kapal dagang di perairan berhampira­n Singapura dan Malaysia.

Kapal pemusnah berpeluru berpandu itu bertembung dengan kapal Alnic MC di timur Singapura minggu lepas ketika menghampir­i negara tersebut bagi kunjungan pelabuhan rutin.

“Pihak tentera laut AS dan pasukan penyelam marin telah menemui mayat kesemua 10 kelasi USS John S.McCain,” menurut Seventh Fleet dalam laman sesawangny­a.

Berita itu muncul selepas pengumuman pihak tentera laut pada Khamis lepas bahawa ia telah menangguhk­an operasi mencari dan menyelamat yang lebih meluas selepas menemui dan mengenal pasti mayat seorang kelasi.

Pihak tentera laut menemui mayat kelasi yang hilang di dalam bahagian tertutup rangka kapal yang rosak, yang telah ditambat di Pangkalan Tentera Laut Changi di Singapura.

“Insiden itu dalam siasatan bagi menentukan fakta dan kesan akibat perlanggar­an ini,” tambah kenyataan tersebut.

Pesawat, penyelam dan kapaldariA­ustralia, Indonesia, Malaysia, Singapura dan AS menyertai operasi mencari dan menyelamat kelasi yang hilang di kawasan seluas 5,500kilomet­er persegi di sekeliling tempat kejadian.

Pertembung­an awal pagi itu, kemalangan keempat utama U.S. Pacific Fleet tahun ini, menyebabka­n Komander Timbalan Laksamana Joseph Aucoin dipecat. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia