Utusan Borneo (Sarawak)

PAHLAWAN TIDAK DIDENDANG

Lima peluru kena kepala, Anggai sudah 41 tahun menanti anugerah yang dijanjikan kerajaan.

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: “Lima biji peluru mengena kepala saya, satu lagi terkena tangan dalam usaha menyelamat­kan rakan dalam satu pertempura­n dengan komunis di kawasan SalimStaba­y pada tahun 70-an,” cerita bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) Koperal Anggai Jukan, 73.

Peristiwa hampir meragut nyawa itu menyebabka­n Anggai koma beberapa hari dan atas keberanian­nya itu, beliau dijanjikan anugerah darjah keberanian oleh kerajaan.

“Mujur saya selamat dan disebabkan itu saya dijanji kurniaan darjah keberanian. Tetapi selepas 41 tahun berlalu, saya tidak pernah menerima anugerah itu,” katanya menambah, tragedi itu meragut nyawa tiga rakannya iaitu pegawai pemerintah dikenali sebagai Johnny Mustapha, Lans Koperal Nuing Sareng dan Polis Konstabel (PC) Basri manakala seorang lagi rakannya Koperal Leba cedera.

Justeru kerana keberanian itu, kata Anggai beliau menerima surat pertama mengenai penganuger­ahan darjah keberanian daripada Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur bertarikh 10 Mei 1976.

Bercerita lanjut kepada Utusan Borneo semalam, katanya surat kedua mengenai janji yang sama diterima daripada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur (2 Jun 1976) seterus surat ketiga daripada Kementeria­n Hal Ehwal Dalam Negeri, Kuala Lumpur (3 Jun 1976) dan Pejabat Komander, Briged PPH Kuching (4 Jun 1976).

“Namun anugerah itu sehingga kini belum lagi saya perolehi meskipun surat diterima bagi memaklumka­n kurniaan tersebut tetapi tidak dipanggil untuk menerima darjah tersebut,” katanya dengan nada kecewa.

Anggai berasal dari Nanga Semayam, Machan, Kanowit itu menunggu lama sehingga ke hari ini setelah sebanyak empat surat rasmi dikirim pada 1976 kepadanya memaklumka­n bahawa dia akan diberikan darjah atas keberanian­nya menentang komunis.

“Semua surat itu mengutus penghargaa­n dan memaklumka­n kepada saya bahawa saya dipilih menerima Darjah Kebesaran Persekutua­n Kepujian Perutusan Keberanian (K.P.K) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Agong.

“Namun, sehingga hari ini umur saya sudah mencecah 73 tahun, saya tidak pernah dipanggil langsung untuk menerima darjah tersebut. Itulah yang sangat menghairan­kan,” katanya.

Anggai berkata, dia pernah merujuk perkara ini berkali-kali kepada pihak berkaitan dengan menghantar salinan surat tersebut tetapi hingga kini belum lagi menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

“Saya menerima surat berkenaan sewaktu saya berusia 32 tahun. Saya tetap menunggu dipanggil menerima darjah tersebut di mana penantian saya masuk 41 tahun.

“Selama 41 tahun saya menunggu lamanya tanpa ada jawapan daripada pihak berkenaan mengenai status surat saya itu,” tegasnya.

Beliau mula menyertai PPH pada 17 November 1963 dan mendapat latihan di Kem Jalan Gurney, Kuala Lumpur selama 10 bulan.

Selepas tamat latihan, Anggai berkhidmat di Batalion Ke15 PPH, Kem Lanang, Sibu (sekarang Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am) pada 1964.

Selepas 23 tahun berkhidmat sebagai PPH, beliau ditukar ke Balai Polis Kanowit dari 1 Januari 1987 hingga 8 Mac 1995.

Pada 8 Mac 1995, Anggai dipindahka­n ke Balai Polis Sentral Sibu sehingga beliau bersara pada 31 Disember 1999.

Semasa menyertai PPH, Anggai terlibat dalam pelbagai operasi menentang gerila komunis di mana ops yang pernah disertainy­a ialah Gerakan Ngayau, Gerakan Kenyalang, Gerakan Rangka, Gerakan Sapu, operasi di Sabah serta terlibat dalam aktiviti pengganas komunis di kawasan RASCOM.

 ??  ?? MANA JANJINYA: Anggai menunjukka­n surat daripada kerajaan yang diterimany­a. DI SINI: Anggai menunjukka­n kesan di kepalanya yang ditembusi lima butir peluru. INI DIA: Anggai menunjukka­n tangannya yang hilang pangkal tulang telunjuk disebabkan cedera...
MANA JANJINYA: Anggai menunjukka­n surat daripada kerajaan yang diterimany­a. DI SINI: Anggai menunjukka­n kesan di kepalanya yang ditembusi lima butir peluru. INI DIA: Anggai menunjukka­n tangannya yang hilang pangkal tulang telunjuk disebabkan cedera...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia