Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan tuju ekonomi digital

Berperanan sebagai platform pupuk bakat, sokong sektor keusahawan­an, lahir inovator untuk S’wak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Penubuhan Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH) merupakan langkah pertama ke arah ekonomi digital di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata TDIH akan berperanan sebagai platform bagi memupuk bakat, menyokong sektor keusahawan­an dan melahirkan inovator untuk negeri ini.

Justeru beliau menggesa golongan muda memanfaatk­an sepenuhnya TDIH untuk memupuk bakat masing-masing dan pada masa sama mencipta inovasi yang akhirnya memajukan lagi Sarawak.

“Saya berharap ini adalah langkah pertama ke arah ekonomi digital. Sebelum ini dalam satu majlis saya mengumumka­n RM30 juta untuk TEGAS atau Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak untuk menubuhkan inkubator atau Kampung Digital di kawasan (perindustr­ian) Samajaya di sini.

“Inkubator ini akan siap sepenuhnya pada suku pertama 2020,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran TDIH di iCOM Square di sini semalam.

Abang Johari juga mahu belia Sarawak berdedikas­i dan mempunyai minat mendalam terhadap inovasi supaya mereka dapat mencipta sesuatu yang baharu yang mengagumka­n dunia.

Beliau berkata golongan berinovasi inilah akan membantu Sarawak melonjak perindustr­ian di negeri ini yang ketika ini masih pada tahap 2.0 kepada Industri 4.0.

“Saya tahu Sarawak mempunyai ramai bakat-bakat muda yang dapat membantu negeri ini memintas (revolusi) Industri 3.0, berasaskan Microsoft dan Internet.

“Ramai rakyat Sarawak berjaya di luar negara seperti di Singapura, Australia dan Kanada. Mereka tidak berjaya di sini (Sarawak) kerana kita tidak mempunyai sistem-sistem seperti itu di Kuching,” ujarnya.

Beliau juga percaya sebaik Sarawak berkembang maju dalam ekonomi digital, rakyat Sarawak yang berjaya di luar negara akan kembali berkhidmat di negeri ini.

Sementara itu Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh berkata TDIH dibina di kawasan kira-kira 5,100 ekar kaki persegi dilengkapi komponenko­mponen utama antaranya ruang perbincang­an, bilik persidanga­n, sudut realiti pelbagai, lukisan 3D, pantri dan pejabat pengurusan yang disokong kelajuan Internet 100mbps.

“TDIH akan dikendalik­an oleh TEGAS dan menyediaka­n peluang untuk memajukan perniagaan, akses jalur lebar berkelajua­n tinggi iaitu 100Mbps ketika ini dan akan dinaik taraf kepada 150Mbps kemudian,” katanya.

Len Talif yang juga Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar berkata TRIFOLD merupakan projek permulaan sedang dilaksanak­an di TDIH di bawah projek masa depan realiti pelbagai TEGAS dan Swinburne.

“Kerjasama pertama ini menggunaka­n teknologi baharu dan canggih seperti Microsoft Hololens untuk memberi inspirasi kepada belia dan akhirnya mempercepa­tkan pertumbuha­n ekonomi digital Sarawak.

“TRIFOLD dikendalik­an oleh sepasukan pakar teknologi, alumni daripada Fakulti Pernia-

Saya berharap ini adalah langkah pertama ke arah ekonomi digital. Sebelum ini dalam satu majlis saya mengumumka­n RM30 juta untuk TEGAS atau Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak untuk menubuhkan inkubator atau Kampung Digital di kawasan (perindustr­ian) Samajaya di sini. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

gaan dan Reka Bentuk Swinburne. Projek pertama mereka ialah app (aplikasi) pemasaran realiti maya untuk Swinburne,” jelasnya.

Pada majlis itu juga menyaksika­n TEGAS bertukar memorandum persefaham­an (MoU) yang telah ditandatan­gani dengan 11 rakan strategik.

Rakan-rakan strategik TEGAS ialah Sarawak Shell Berhad, Malaysian Global Inno- vation and Creativity Centre (MaGIC), Australian Trade and Investment Commission (Austrade), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), SME Corporatio­n Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak, Media Prima Labs, IME Group of Companies, Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS), Noh Phrofile Enterprise dan I Cube Innovation Sdn Bhd.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAN KONGSI STRATEGIK: Abang Johari (barisan hadapan, enam kanan) bersama tetamu kehormat serta wakil 11 rakan strategik TEGAS semasa pelancaran TDIH di iCOM Square semalam.
RAKAN KONGSI STRATEGIK: Abang Johari (barisan hadapan, enam kanan) bersama tetamu kehormat serta wakil 11 rakan strategik TEGAS semasa pelancaran TDIH di iCOM Square semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia