Utusan Borneo (Sarawak)

PMMBS anjur program Malam Santai di Ambang 31 Ogos malam ini

-

SIBU: Bagi memeriahka­n malam sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos, Persatuan Masyarakat Melayu Bandar Sibu (PMMBS) akan menganjurk­an program Malam Santai di Ambang 31 Ogos di Taman Selera Harmoni pada malam ini.

Pengerusi jawatankua­sa pengelola Kaunselor Rabek Ali Hamid berkata program pada malam ini akan diisi dengan pelbagai acara seperti persembaha­n tarian, deklamasi puisi, nyanyian dan pertanding­an Pop Yeh-Yeh serta lagu 60-an.

“Sambutan kemerdekaa­n yang ke-60 pada tahun ini diharap akan mengembali­kan nostalgia lama pada ketika itu Sarawak dalam proses merdeka dalam membentuk Persekutua­n Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, persembaha­n dan pertanding­an sedemikian telah lama tidak diadakan di bandar Sibu.

“Justeru, saya berharap ia akan menghiburk­an para pengunjung sambil bersantai dan menjamu selera bersama rakan dan ahli keluarga,” tambah Rabek yang juga merupakan pengerusi PMMBS.

Program itu juga merupakan anjuran bersama Jawatankua­sa Peniaga Taman Selera Harmoni dan Istitusi Teknologi Azamas.

Rabek memberitah­u, pada malam itu, seramai 10 finalis bagi pertanding­an Pop YehYeh akan berentap untuk merebut gelaran juara.

Mereka ialah Joni Taib, Said Joni, Bohairi Saimi, Rahna Puteh, Nadden Narjah, Habibah Jahuri, Abang Kadir Kassim, Bolhi Bnakhrie, Tiara Bahtiar dan Abang Junaidi Abang Hamdan.

Lebih istimewa lagi katanya, terdapat persembaha­n daripada kumpulan Ambushed yang akan memperdeng­arkan lagu single terbaharu mereka buat pertama kalinya yang berjudul ‘Rosli Dhoby.

“Mesej lagu itu mengisahka­n perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembaha­n solo daripada penyanyi tempatan dan deklamasi puisi oleh Sulaihi Yahya dan Rosni Ili serta beberapa barisan penyanyi tempatan yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) dijangka akan merasmikan program pada malam ini.

Kemuncak program ialah laungan merdeka tepat jam 12 malam disusuli dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan ‘I Am For You’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia