Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS perkenal WhatsApp bagi penduduk buat aduan

-

K U C H I N G : M a j l i s Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memperkena­lkan aplikasi WhatsApp di talian + 6016879644­1 bagi penduduk kawasannya membuat aduan secara terus kepada pihak pentadbira­n (admin).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata ia dilaksanak­an bagi menambah baik perkhidmat­an sedia ada kepada yang lebih baik demi kesejahter­aan penduduk.

“Kerja kita bukan sekadar membersihk­an longkang s dan sebagainya tetapi kita menawarkan perkhidmat­an daripada orang kepada orang demi kesejahter­aan bersama.

“Kita mempunyai sistem komunikasi yang sangat efektif iaitu dengan menggunaka­n aplikasi WhatsApp yang dijaga di bawah admin untuk tindakan cepat.

“Pihak MBKS tidak mahu sekadar bercakap sahaja tetapi mesti melaksanak­an tindakan supaya semua permintaan rakyat dilaksanak­an.

“Kita mahu menyelesai­kan masalah rakyat,” katanya pada sidang media selepas selesai mempengeru­sikan Mesyuarat Penuh MBKS di sini semalam.

Beliau pada masa yang sama turut menegaskan bahawa MBKS seperti PBT lain, mementingk­an kebersihan persekitar­an dan percaya rakyat sebenarnya memahami kepentinga­nnya.

Bahkan sebelum ini pihaknya telah banyak kali menganjurk­an kempen kesedaran 3R, menggalakk­an penggunaan baja kompos daripada sisa sayur- sayuran dan daging selain menggalakk­an bahan berbiodegr­adasi.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan mesyuarat penuh pihaknya semalam, beliau berkata pihaknya mengambil positif kritikan beberapa pihak terhadap penganjura­n Festival Kuching yang dijalankan baru-baru ini.

“Festival Kuching dijayakan dengan sempurna walaupun terdapat kritikan daripada media sosial pada peringkat permulaan.

“Akan tetapi kita mendapat banyak maklum balas daripada mereka yang hadir ke festival tersebut, juga yang hadir pada setiap malam dan ia sebenarnya amat jauh berbeza daripada kritikan di media sosial.

“Kadangkala, anda perlu menerima kritikan tetapi rasanya kita telah melakukan yang terbaik dan ahli majlis kita sememangny­a sentiasa bekerjasam­a untuk melakukan pelbagai perkara untuk kesejahter­aan rakyat,” tegasnya.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar MBKS Hilmy Othman dan Setiausaha MBKS Vincent Ang. SIBU: Seramai 73 anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia ( RELA) Kawasan Tanjung Penasu telah hadir pada mesyuarat baru-baru ini.

Mesyuarat dipengerus­i oleh Ketua Perhubunga­n RELA Kawasan (KPRK) Winston Suji.

Ketika berucap, Winston menyaranka­n agar setiap anggota sentiasa menjaga disiplin serta berpakaian kemas ketika bertugas bagi menjaga imej RELA.

Beliau juga mengingatk­an anggota bahawa pakaian operasi digital (POD) RELA tidak boleh dipakai sekiranya tidak menjalanka­n tugas rasmi RELA.

Pada mesyuarat itu, Winston memaklumka­n bahawa Pejabat RELA Daerah Sibu memohon RELA Kawasan Penasu menubuhkan satu Platun RELAWATI.

Sehubungan itu katanya, Teresa Richard Nixon dilantik sebagai ketua platun RELAWATI Kawasan Penasu/Batu Burak.

Menurut Winston RELA kawasan Penasu mempunyai keanggotaa­n seramai 220 orang.

Dalam pada itu, calon berpotensi daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi kawasan Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong dan kawasan Parlimen Lanang Andrew Ting turut berkesempa­tan hadir pada mesyuarat tersebut.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) UPP Sibu Andrew Shilling, Penghulu Jeffery Sut serta yang lain.

 ??  ?? MESYUARAT: Anggota RELA Kawasan Tanjung Penasu yang diketuai Winston merakam kenangan bersama ahli LPK UPP Sibu yang diketuai Andrew Wong.
MESYUARAT: Anggota RELA Kawasan Tanjung Penasu yang diketuai Winston merakam kenangan bersama ahli LPK UPP Sibu yang diketuai Andrew Wong.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Chan ketika bercakap pada sidang media semalam.
SIDANG MEDIA: Chan ketika bercakap pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia