Utusan Borneo (Sarawak)

Sasar 30 peratus wanita pegang jawatan penting

Sedia peluang kepada wanita, bukti komitmen k’jaan tingkat penglibata­n wanita dalam semua bidang

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kerajaan menyasarka­n sekurang-kurangnya 30 peratus wanita menyandang jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta di negara ini.

Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, langkah ini bagi menyediaka­n peluang kepada wanita sekali gus membuktika­n komitmen kerajaan meningkatk­an penglibata­n wanita dalam semua bidang.

“Wanita memainkan peranan penting sama ada sebagai ibu, isteri, suri rumah, pendidik dan penjaga.

“Mereka memainkan peranan dalam membina bangsa dan sudah menjadi perkara biasa melihat wanita kini memegang jawatan tinggi,”

Wanita memainkan peranan penting sama ada sebagai ibu, isteri, suri rumah, pendidik dan penjaga. Datuk Gerawat Gala Timbalan Speaker DUN

katanya.

Belau menjelaska­n, hari ini trend sudah berkembang dan semakin ramai wanita di seluruh dunia memegang jawatan penting antaranya Angela Merkel (pemimpin Jerman), Theresa May (Perdana Menteri United King- dom).

“Dan di sini kita ada antaranya Datuk Seri Ro- hani Abdul Karim, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Fatimah Abdullah. Kita juga sudah ada ketua kaum wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Penampilan Diri anjuran Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Lio Mato Hilir dan BangaPelua­n dengan kerjasama Avon Cosmetics ( M) Sdn Bhd di sebuah hotel di sini semalam.

Gerawat dalam pada itu memuji penganjura­n program itu yang disertai 168 peserta dari beberapa kawasan di Baram.

Bengkel itu bertujuan meningkatk­an tahap keyakinan dan imej positif di kalangan wanita seterusnya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain.

Hadir sama Ketua Wanita PBB Mulu Datin Sri Mariam Balan dan ahli PBB Mulu dan ketua kaum.

 ??  ?? MESYUARAT: Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh bersama ketua-ketua masyarakat selepas mempengeru­sikan mesyuarat mengenai pelan tindakan CENTEXS Dalat di Dalat baru-baru ini.
MESYUARAT: Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh bersama ketua-ketua masyarakat selepas mempengeru­sikan mesyuarat mengenai pelan tindakan CENTEXS Dalat di Dalat baru-baru ini.
 ??  ?? TERIMALAH: Pengerusi penganjur Rita Awing (tiga kiri) menyampaik­an memento kepada Gerawat sambil diperhatik­an yang lain.
TERIMALAH: Pengerusi penganjur Rita Awing (tiga kiri) menyampaik­an memento kepada Gerawat sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia