Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK tidak pilih bulu selesai sebarang masalah

-

SELAMA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) tidak bersikap ‘pilih bulu’ dalam menyelesai­kan sebarang masalah, tegas menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata kementeria­n berkenaan merupakan medium pengantara bagi masyarakat mendapatka­n maklumat atau pembelaan sewajarnya berkaitan barangan serta perkhidmat­an.

“Kementeria­n membantu semua rakyat dan menjalanka­n tugas mengikut undang-undang yang ada dan kita mencari kaedah untuk semua pihak berada dalam keadaan menang-menang.

Telah terbukti cara kita benar-benar berhemah dan kita dapat selesaikan segala masalah dengan kaedah perundinga­n,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini, semalam.

Hamzah berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sebuah persatuan pengguna yang menyatakan kementeria­n berkenaan tidak memperjuan­gkan nasib peniaga Islam dalam kes penamatan kontrak pengusaha stesen minyak Caltex, baru-baru ini.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Hamzah berkata Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Seri Jamil Salleh telah mengadakan perjumpaan bersama pengusaha terbabit bagi mendapatka­n jalan penyelesai­an terbaik.

“Penamatan lesen antara pengusaha dengan syarikat minyak Caltex merupakan permasalah­an yang berlaku bukan seminggu atau dua bulan tetapi beberapa tahun lalu sehingga dibawa ke mahkamah. Malah, mahkamah telah memutuskan pihak Caltex berhak menamatkan tempoh perjanjian dengan pengusaha yang terlibat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia