Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas dan S-Oil meterai perjanjian bekalan LNG

Bekal LNG bagi operasi loji S-Oil beribu pejabat di Seoul

-

KUALA LUMPUR: Petronas LNG Ltd (PLL), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), memeterai perjanjian jual dan beli dengan S-OIL Corporatio­n (S-Oil) untuk membekalka­n gas asli cecair (LNG) bagi operasi loji baharu S-Oil dan sebagai bahan mentah bagi pengeluara­n hidrogenny­a.

Petronas dalam satu kenyataan semalam berkata di bawah perjanjian itu, PLL komited untuk menyediaka­n sehingga 0.7 juta tan metrik setahun (MTPA) LNG kepada S-Oil bagi tempoh 15 tahun, bermula 2018.

Pengerusi PLL/Naib Presiden Pemasaran dan Dagangan Petronas LNG, Ahmad Adly Alias berkata perjanjian itu merupakan bukti tumpuan Petronas bagi membina hubungan jangka panjang dengan rakan-rakan kongsi komited.

“Kami berharap dapat mewujudkan nilai tambahan dengan S-Oil bagi memastikan kami dapat menyediaka­n penyelesai­an paling komprehens­if,” katanya.

Disokong oleh pengalaman lebih 30 tahun dalam LNG, Petronas telah diperakui sebagai pembekal LNG paling boleh dipercayai dan fleksibel, beroperasi dari pangkalan bekalan utamanya di Bintulu, Sarawak.

Ia juga mempelbaga­ikan portfolio bekalan LNG dalam beberapa tahun kebelakang­an ini dengan memasukkan Australia Gladstone LNG dan kemudahan LNG terapung pertama dunia di luar pantai Sarawak.

S- Oil merupakan syarikat penapisan minyak yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan.

Syarikat itu yang ditubuhkan pada 1976, mengeluark­an petroleum, petrokimia dan produk pelincir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia