Utusan Borneo (Sarawak)

Suarez berdepan Messi di Estadio Centenario

Tiga slot kelayakan automatik ke Piala Dunia 2018 jadi buruan pada pertembung­an Argentina, Uruguay

-

MONTEVIDEO, Uruguay: Luis Suarez mungkin diturunkan menentang rakan sekelabnya di Barcelona, Lionel Messi hari ini apabila saingan untuk kelayakan ke Piala Dunia 2018 bagi Zon Amerika Selatan diteruskan dengan kunjungan Argentina ke Uruguay adalah perlawanan tumpuan minggu ini.

Dengan pendahulu kelayakan Zon Amerika Selatan, Brazil, sudah mengesahka­n tempat ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018, baki tiga slot k e l a y a k a n automatik menjadi buruan dalam kumpulan kelayakan m e l i - b a t k a n 10 pasukan.

C o - l o m - b i a berada d i k e d - udukan kedua den- gan 24 mata sementara Uruguay dan Chile berada di tangga ketiga dan keempat dengan 23 mata.

Ini bermakna Argentina, yang berada di tangga kelima ketika ini, tidak mempunyai banyak ruang untuk melakukan kesilapan ketika bertandang ke Estadio Centenario di sini menentang Uruguay.

Argentina bergelut dalam kempen kelayakan setakat ini, mencipta hanya enam kemenangan dari 14 perlawanan tetapi sudah menunjukka­n peningkata­n di bawah kendalian jurulatih baharu, Jorge Sampaoli. Sampaoli, yang membimbing Chile muncul juara Piala Copa Amerika 2015, menjadi jurulatih Argentina pada bulan Mei dan memulakan tugas beliau dengan kem e - nang a n 1 - 0 ke atas B r a z i l pada satu perlawanan persahabat­an pada bulan Jun.

Kemenangan 6-0 ke atas Sin- gapura pada perlawanan persahabat­an seterusnya menambah lagi keyakinan di mana Sampaoli, yang menggemari permainan menyerang, mungkin sudah membawa pengaruhny­a ke dalam skuad Argentina.

Beliau juga menunjukka­n ketegasann­ya apabila menggugurk­an penyerang Gonzalo Higuain dan sebaliknya memilih penyerang Inter Milan, Mauro Icardi.

Icardi dijangka akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama di jentera serangan, bersama- sama Messi dan penyerang Juventus, Paulo Dybala.

Laluan Argentina ke Rusia juga menjadi semakin sukar dengan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan ( CAS) Selasa lepas yang mengesahka­n satu tindakan akan dikenakan ke atas Bolivia kerana menurunkan pemain tidak layak ketika seri tanpa jaringan dengan Chile pada bulan September tahun lepas.

FIFA kemudian memberikan kemenangan 3- 0 kepada Chile, satu keputusan bermakna Argentina kini mempunyai kelebihan satu mata berbanding Argentina.

“Sekarang kami harus berusaha lebih kuat lagi,” kata Sampaoli Selasa lepas.

Uruguay sementara itu gelisah dengan tahap kecer- gasan Suarez.

Penyerang berusia 30 tahun itu pada awalnya diketepika­n dari perlawanan kerana kecederaan tetapi sudah kembali ke Uruguay untuk berlatih bersamasam­a pasukan.

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez membayangk­an Suarez mungkin masih dapat diturunkan.

“Beliau telah menunjukka­n petanda pemulihan, sesuatu yang agak mengejutka­n kami,” kata Tabarez.

Jika Suarez gagal untuk cergas seperti yang diharapkan, Uruguay akan sekali lagi mengharapk­an penyerang Paris Saint Germain (PSG), Edinson Cavani, yang juga penjaring terbanyak dalam kempen kelayakan dengan sembilan gol.

“Ia satu perlawanan yang sangat sukar,” kata Tabarez.

Pada perlawanan lain, Colombia akan cuba mengekalka­n kedudukan mereka di tangga kedua dengan menentang pasukan yang sudah gagal untuk layak, Venezuela.

Chile akan menanti kunjungan Paraguay dan mahu mengekalka­n kelebihan mata di hadapan Argentina.

Brazil boleh menurunkan pemain simpanan apabila menentang Ecuador selepas mengesahka­n kelayakan ke Rusia apabila menentang Paraguay 3- 0 pada bulan Mac, kemenangan kelapan berturut-turut mereka.

Perlawanan itu mungkin menyaksika­n jurulatih Brazil, Tite, menurunkan pemain Liverpool, Philippe Coutinho, yang belum lagi beraksi untuk Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris musim ini kerana spekulasi perpindaha­nnya ke Barcelona. — AFP

Sekarang kami harus berusaha lebih kuat lagi. Jorge Sampaoli Jurulatih baharu Argentina

 ?? — Gambar Reuters ?? SUAREZ GIGIH: Messi (kiri) mengawal bola ketika menyertai sesi latihan bersama skuad Argentina di Buenos Aires, Argentina Selasa lepas.
— Gambar Reuters SUAREZ GIGIH: Messi (kiri) mengawal bola ketika menyertai sesi latihan bersama skuad Argentina di Buenos Aires, Argentina Selasa lepas.
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Jimmy (empat kanan) mewakili Dr Annuar menyampaik­an hadiah kepada juara Kejohanan Liga Futsal DUN Nangka 2017 bagi kategori terbuka, Star Manok.
TAHNIAH: Jimmy (empat kanan) mewakili Dr Annuar menyampaik­an hadiah kepada juara Kejohanan Liga Futsal DUN Nangka 2017 bagi kategori terbuka, Star Manok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia