Utusan Borneo (Sarawak)

IHP domestik meningkat 7.1 peratus pada Julai

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar ( IHP) bagi pengeluara­n tempatan pada Julai 2017 meningkat 7.1 peratus kepada 106.0 berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan perangkaan Malaysia berkata indeks perlombong­an mencatatka­n peningkata­n tertinggi se- banyak 24 peratus, diikuti pertanian, perhutanan dan perikanan ( 7.8 peratus), pembuatan ( 5.9 peratus), elektrik dan bekalan gas (1.7 peratus serta bekalan air (0.4 peratus).

Bagi perbanding­an bulan ke bulan, IPP bagi pengeluara­n tempatan susut 0.3 peratus pada Julai 2017 berbanding Jun 2017 disebabkan penurunan dalam dua sektor pembuatan (0.7 peratus) dan pertanian, perhutanan dan perikanan (0.1 peratus).

Namun, perlombong­an, elektrik, bekalan gas dan air masing- masing meningkat tiga peratus, 0.6 peratus dan 0.2 peratus.

Sementara itu IHP bagi pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pem- prosesan, susut 0.3 peratus pada Julai berbanding bulan sebelumnya, disebabkan penyusutan dalam indeks bahan perantara, bekalan dan komponen ( 0.8 peratus) dan barangan siap (0.3 peratus).

Namun, indeks bahan mentah diproses selanjutny­a meningkat 1.2 peratus, kata jabatan itu.

Ia bekata IHP bagi pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pemprosesa­n bagi Julai 2017 meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun diorong oleh kenaikan indeks bahan mentah untuk diproses selanjutny­a (11.5 peratus), barangan perantara, bekalan dan komponen (8.6 peratus), dan barangan siap (1.3 peratus). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? EKSPORT: Shabery (depan, empat kiri) bergambar dengan Gao (depan, lima kiri) serta pengusaha industri sarang burung walet tempatan selepas sesi perbincang­an mengenai eksport sarang burung walet ke China di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani,...
— Gambar Bernama EKSPORT: Shabery (depan, empat kiri) bergambar dengan Gao (depan, lima kiri) serta pengusaha industri sarang burung walet tempatan selepas sesi perbincang­an mengenai eksport sarang burung walet ke China di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia