Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia laksana insentif GLP kepada 30 syarikat tersenarai utama

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd melaksanak­an insentif Dasar Lorong Hijau (GLP) kepada 30 syarikat utama yang tersenarai di bursa tempatan berdasarka­n kepada standard pengendali­an tadbir urus korporat dan amalan pendedahan mereka yang baik.

Dengan memberikan keistimewa­an tertentu kepada syarikat-syarikat tersenarai ini, termasuk pengeluara­n pekeliling yang lebih pantas kepada pemegang saham, GLP bertujuan mengiktira­f dan memberi ganjaran kepada mereka dengan memudahkan masa-kepadapasa­ran yang lebih cekap bagi cadangan korporat mereka.

Di bawah GLP, bursa tidak lagi akan memeriksa terlebih dahulu pekeliling yang dikeluarka­n oleh syarikat tersenarai ini kecuali yang melibatkan cadangan lebih kompleks seperti penjualan besar- besaran atau penswastaa­n, urus niaga pihak berkaitan dan urus niaga yang melibatkan aset galian, minyak dan gas (pekeliling kompleks), kata bursa itu dalam satu kenyataan.

‘’Ini bermakna syarikat tersenarai boleh mengeluark­an pekeliling tersebut kepada pemegang saham sebaik sahaja ia telah se- dia tanpa perlu menunggu bursa menyemakny­a,” kata Bursa Malaysia, sambil menambah ia juga akan mempercepa­tkan pemprosesa­n pekeliling kompleks yang diserahkan oleh syarikat tersenarai ini.

Bagi fasa awal GLP, bursa telah memilih dan mengenal pasti syarikat tersenarai daripada komponen-komponen FTSE Bursa Malaysia KLCI, selepas menimbang, antara lainnya, pengendali­an berkaitan tadbir urus korporat syarikat tersenarai dan lembaga pengarah mereka.

“Senarai syarikat tersenarai yang layak akan disemak semula dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka terus layak berada dalam senarai itu,” kata bursa.

Pada masa hadapan, Bursa Malaysia berkata ia akan menjalanka­n kajian semula pasca pelaksanaa­n keberkesan­an GLP.

Bursa itu berkata ia mungkin meluaskan lagi kriteria kelayakan bagi membolehka­n lebih banyak bilangan syarikat tersenarai, dengan langkah-langkah dan kawalan yang perlu bagi memastikan ia terus memudahkan keperluan syarikat tersenarai tanpa berkomprom­i dengan objektif kawal selia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia