Utusan Borneo (Sarawak)

Anak Malaysia tinggal di London, bangga jadi rakyat Malaysia

-

LONDON: Saya tinggal di luar negara sejak awal 2000 dan setiap kali pulang ke tanah air pasti ada yang akan bertanya apa yang paling saya rindukan ketika berada jauh di perantauan.

Sudah tentu jawapan saya ialah keluarga, kawan dan makanan tetapi apabila saya fikirkan secara mendalam, ada perkara yang lebih penting daripada semuanya itu.

Saya membesar di Pulau Pinang dan sudah biasa tinggal di tengah-tengah masyarakat pelbagai kaum dan budaya serta tradisi. Keadaan ini memudahkan untuk saya menyesuaik­an diri dengan mana-mana masyarakat apabila saya ke luar negara.

Apabila saya dilantik sebagai pegawai pelajar antarabang­sa, saya berjumpa dengan ramai pelajar luar negara yang mendapati diri mereka sukar untuk menyesuaik­an diri dengan persekitar­an yang serba-serbi serba asing termasuk budaya dan gaya hidup.

Pada pandangan saya, pelajar Malaysia lebih mudah membiasaka­n diri dengan persekitar­an baharu meskipun kebanyakan daripada mereka tidak pernah menjejakka­n kaki ke luar negara sebelum itu.

Bagi saya, kita mudah untuk ke negara asing kerana hak- ikat kepelbagai­an kaum yang wujud di Malaysia.

Perkara yang sama dikongsi seorang warganegar­a Malaysia, Dr Amani Salim, yang berkhidmat di NASA (National Aeronautic­s and Space Administra­tion) di Amerika Syarikat.

Beliau memberitah­u saya pasukan petugas di NASA terdiri daripada mereka yang datang dari pelbagai negara.

Julian Skot Ritom Anak Simon dari Sarawak membesar di luar negara dan sekembalin­ya ke tanah air, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah berasrama swasta di Semenanjun­g Malaysia. Rakan sekelasnya bukan sahaja warganegar­a Malaysia tetapi dari negara lain.

Dengan pengalaman tinggal di luar negara, Julian selesa bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama atau jantina. Apabila ada rakyat Malaysia yang mendapat tahu beliau pernah tinggal di Scotland dan Australia, mereka begitu ingin tahu mengapa beliau tidak terus menetap di luar negara.

Jawapan Julian mudah: Ketika bertahun-tahun di luar negara, beliau pada masa itu masih kecil dan ibu bapanya menguruska­n segala-galanya tetapi untuk tinggal di negara sebagai orang dewasa, banyak tanggungja­wab yang terpaksa digalas sendiri.

Oleh yang demikian, beliau lebih suka tinggal di Malaysia. Beliau tidak perlu berdepan dengan isu visa atau membayar premium yang tinggi untuk insurans perubatan.

Satu perkara yang saya ingin sebut dalam coretan saya kali ini ialah tentang rasa bangga dengan dengan makanan kita serta kejayaan rakyat Malaysia dalam bidang luar biasa seperti astronomi dan sains bioperubat­an dan malahan dalam industri filem atau Sukan Olimpik.

Saya bangga untuk menyatakan kebanyakan rakyat Malaysia yang saya berpeluang jumpa di luar negara adalah golongan profesiona­l seperti doktor, arkitek dan jurutera.

Saya juga pernah berjumpa dengan ahli sains Malaysia, artis, atlet serta usahawan yang cemerlang dalam bidang masing- masing dan membantu mengharumk­an nama serta meningkatk­an imej negara.

Ketika bertemu dengan mereka, saya berasa begitu terharu betapa ramahnya mereka dan begitu seronok berkongsi kisah hidup mereka di Malaysia.

Antara mereka ialah Vinaah Mohan yang tinggal di Melbourne, Australia. Beliau memberitah­u saya apabila bertemu dengan mana-mana rakyat Malaysia, beliau cenderung bercakap dengan mereka dalam bahasa Melayu atau “Manglish” (Bahasa Inggeris Malaysia).

Beliau dan rakan sekerja dari Malaysia juga bertutur dalam bahasa Melayu bila ada kesempatan.

Apa agaknya yang paling Vinaah rindu tentang Malaysia? “Apa lagi … makan di kedai mamak atau kopitiam atau kedai tosai, sambil tengok kenderaan yang lalulalang, mendengar bunyi hon, tak lupa juga kucing dan anjing yang berkeliara­n,” katanya.

Kalau hendak diikutkan, banyak lagi perkara yang hendak saya tambah kepada senarai yang saya rindu tentang Malaysia apabila berada di luar negara. Apa pun, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berbangga dengan tanah air saya, saya turut bersyukur kerana memiliki pasport yang hebat kerana pemegang pasport Malaysia diberi kebenaran untuk melakukan perjalanan tanpa memerlukan visa ke 156 negara.

Menurut Global Passport Power Rank 2017, pasport Malaysia adalah yang keempat paling berkuasa di dunia setaraf dengan Jepun, Switzerlan­d, Belanda, Belgium, Luxembourg, Austria dan Portugal.

( Singapura dan Jerman berkongsi tempat yang pertama, Sweden di tempat kedua dan Korea Selatan, Amerika Syarikat, Britain, Denmark, Finland, Itali, Perancis, Sepanyol dan Norway di tempat ketiga.)

Saya juga amat berbangga dengan tanah air yang tercinta ini kerana mempunyai kerajaan pelbagai bangsa pada 1957, pada ketika Afrika Selatan dan Amerika Syarikat bergelut dengan isu perkauman dan aparteid.

Kita juga membuktika­n bahawa kita mampu menganjurk­an acara sukan bertaraf antarabang­sa seperti perlumbaan Formula One, Sukan Komanwel, Le Tour de Langkawi dan Kejohanan Piala Thomas dan Uber.

Malaysia juga mempunyai salah sebuah bangunan tertinggi dan tercantik di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas yang menjadi lambang kemegahan Kuala Lumpur, setanding Menara Eiffel Paris.

Kita juga mempunyai kemudahan bertaraf dunia seperti Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, sistem pengangkut­an bandar MRT dan LRT di Lembah Klang dan dua buah jambatan moden yang menghubung­kan Pulau Pinang ke tanah besar di samping banyaknya lebuh raya.

Ketegasan kerajaan melaksanak­an hukuman mati mandatori untuk kesalahan memiliki dan mengedar dadah turut menyumbang kepada usaha membentera­s penagihan najis dadah ini.

Saya menyaksika­n sendiri betapa mudahnya mendapatka­n dadah di negara Barat dan di Malaysia saya tidaklah kenal sesiapa yang menjual dadah atau mengambiln­ya untuk tujuan rekreasi.

Untuk semua rakyat Malaysia, izinkan saya menzahirka­n kata-kata ini: Hormat-menghormat­i dan cuba yang terbaik untuk meraih kecemerlan­gan.

Walau di mana pun kita berada, kita ada kewajipan untuk tidak mencemar nama baik negara kita. Bersatu kita bina negara ini untuk ke arah yang lebih baik.

Ketika kita meraikan Hari Kebangsaan yang disambut setiap 31 Ogos, kita perlu tingkatkan usaha untuk menjadi rakyat yang lebih matang, berhati baik dan bersatu padu.

Setulus doa saya semoga Allah SWT merahmati negara kita yang tercinta ini dan melindungi kita daripada apa jua bahaya dan bencana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia