Utusan Borneo (Sarawak)

‘Hanya yang berani’ puisi sentuh jiwa penonton

Buat kali pertama rakyat Malaysia didedah tentang pengorbana­n pasukan elit PDRM dikenali F Team

-

KUALA LUMPUR: Persembaha­n yang menyentuh hati oleh sekumpulan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sambutan Hari Kebangsaan 2017, di Dataran Merdeka hari ini berjaya mencuri tumpuan semua hadirin.

Buat pertama kali, rakyat Malaysia didedahkan tentang pergorbana­n pasukan elit PDRM yang dikenali sebagai F Team, yang beroperasi bermula pada tahun 1971 sebelum dibubarkan pada 1 Mei 1995, dengan keanggotaa­n keseluruha­n 164 orang untuk menjalanka­n gerakan- gerakan operasi sulit menentang musuh khususnya pengganas komunis.

Walaupun tempoh dua minit sahaja, tetapi dua minit yang amat bernilai dan yang paling penting, kami dapat bersama-sama menyumbang sesuatu yang istimewa pada hari keramat negara.

Selepas lebih 45 tahun dirahsiaka­n, pasukan persembaha­n membuat lakonan semula dalam bentuk pantomin bagi mengimbau sejarah dan tugas sulit khususnya dalam siri pertempura­n bersenjata dengan pengganas komunis, sehingga ada anggota elit itu turut terkorban memperta- hankan kedaulatan negara.

Persembaha­n berdurasi lapan minit secara penuh bermakna dan beremosi di dataran bersejarah itu diakhiri melalui deklamasi puisi bertajuk ‘Hanya Yang Berani’ – padat dengan mesej pergorbana­n nyawa dan tumpahan darah semata- mata memastikan tanah air terus merdeka.

Puisi itu dideklamas­ikan Ketua Cawangan Khas Daerah Melaka Tengah, Melaka, Asisten Superinten­den Polis (ASP) Mohamed Mahat dan pegawai Jabatan Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Superinten­den Rose Baini Kasim.

Mohamed, ketika ditemui Bernama berkata puisi itu dicipta khas sempena Hari Kebangsaan tahun ini bagi memperkena­lkan F Team, pasukan yang bertanggun­gjawab mengakhiri era keganasan komunis di Malaysia hingga membawa kepada pemeteraia­n Perjanjian Haadyai pada 2 Dis 1989.

“Puisi ini saya cipta khas Bait-bait puisi yang terkesan kepada penonton antaranya berbunyi: Hanya yang berani, akan mengotakan janji dan sumpah setia Hanya yang berani, menggadai nyawa dan air mata, membela nasib bangsa Hanya yang berani, mempertaha­nkan pertiwi untuk diwarisi kepada generasi muka untuk memperkena­lkan F Team, bagi memerangi komunis satu ketika dahulu. Diharap ia dapat membangkit­kan semangat patriotik di kalangan generasi kita hari ini,” katanya.

Rose Baini pula berkata biarpun deklamasi puisi itu hanya berdurasi dua minit, namun ia amat bermakna kepada dirinya.

“Walaupun tempoh dua minit sahaja, tetapi dua minit yang amat bernilai dan yang paling penting, kami dapat bersama- sama menyumbang sesuatu yang istimewa pada hari keramat negara,” katanya.

Pasukan F Team ditubuhkan pada Mac 1971 dan diketuai Datuk Leong Chee Woh. Pasukan itu terdiri daripada beberapa pegawai, detektif cawangan khas serta bekas pengganas komunis terpilih yang diberi peluang berkhidmat dengan F Team.

Hasil daripada peranan F Team, seramai 48 orang pengganas komunis dibunuh, 171 ditangkap di hutan manakala 1,432 anggota lagi yang terlibat dalam gerakan bawah tanah di bandar dan luar bandar ditangkap. — Bernama

Superinten­den Rose Baini Kasim Pegawai Jabatan Strategik dan Teknologi Bukit Aman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia