Utusan Borneo (Sarawak)

Bagaikan berada pada tahun 1957, kata pengunjung

-

KUALA LUMPUR: “Seolaholah berada pada tahun 1957! Itu antara reaksi terhadap sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka semalam, yang menghidupk­an kembali penghayata­n dan semangat merdeka pada 1957.

Rata-rata orang ramai yang ditemui Bernama berkata sambutan luar biasa yang ditonjolka­n hari ini penuh nostalgia dan tidak akan dilupakan apabila detik-detik bersejarah negara pada tahun 1957 diimbas kembali.

Bekas anggota tentera darat, Nordin Basiron, 51 dari Cheras berkata sambutan Hari Kebangsaan kali ini mengingatk­annya kembali sewaktu masih berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

“Bila tengok sambutan hari ini, saya memang teringat sewaktu berkhidmat dahulu dan saya juga pernah terlibat dalam perbarisan sekitar 20 tahun lalu. Sebelum ini hanya kawad biasa dan aset- aset negara yang dipamerkan… tetapi kali ini penceritaa­n mengenai kemerdekaa­n sangat meninggalk­an memori.

Pelepasan burung merpati oleh Rusnah Aksah, penaik bendera, Lt Komander (B) Mohd Sharif Kalam dan waris- waris tokoh kemerdekaa­n juga dibawa. Memang saya tabik, dan ini sambutan yang sangat bermakna,” katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam. Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta, Fadhillah Syahida Fakhrul, 23 berkata sambutan Hari Kebangsaan itu memberi peluang kepadanya untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara.

“Tak tahu nak gambarkan macam mana bila tengok sambutan kali ini… saya menitiskan air mata bila tahu macam mana susahnya orang dahulu memperjuan­gkan kemerdekaa­n.

“Saat sketsa dipersemba­hkan, memang sangat teruja melihat watak Tunku Abdul Rahman (Putra AlHaj) disambut rakyat apabila kemerdekaa­n dicapai. Saya rasa seperti berada pada zaman tersebut bila semuanya diceritaka­n semula.

“Sebenarnya, kami tak tahu sebelum ni macam mana susahnya orang dahulu, tapi hari ni semuanya dapat kami bayangkan bila diceritaka­n pada sambutan kali ini,” katanya.

Seorang pelancong Australia, Sarah Nelson yang berada di Dataran Merdeka sejak 7.30 pagi, berkata beliau dimaklumka­n pemandu pelancongn­ya bahawa Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan­nya hari ini (semalam).

“Saya teruja untuk melihat perarakan dan keseluruha­n sambutan. Pada Ogos tahun lepas, saya berada di India dan saya menyaksika­n sambutan Hari Kebangsaan mereka dan tahun ini saya berada di sini untuk menyaksika­n ‘Merdeka’.

Sebagai pensyarah sejarah dan kesusaster­aan, saya suka membaca tentang sejarah dan bagaimana negara berkenaan mendapat kemerdekaa­n. Saya akan pulang ke Australia dengan kenangan yang tidak boleh dilupakan,” katanya yang suka mengembara secara solo.

Seorang lagi pelancong dari Sepanyol, Nicholas Smith berkata beliau terkejut melihat himpunan orang ramai ketika menaiki LRT dari stesen KLCC awal semalam.

“Saya mendapat jawapan itu melalui rakan yang baharu saya kenali semasa berada di dalam LRT dalam perjalanan mereka ke Dataran Merdeka untuk turut sama dalam sambutan ini. Jadi, saya dan isteri saya, Tina, memutuskan untuk menyertai beliau (rakan baharu), ya, kami di sini sekarang!.

“Sungguh gembira melihat rakyat Malaysia berada di bawah satu bumbung hari ini, ... Happy Merdeka Malaysia,” katanya yang juga seorang ahli farmasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia