Utusan Borneo (Sarawak)

AS bertemu Costa Rica dalam saingan kelayakan ke Piala Dunia 2018 Rusia

-

NEW YORK, Amerika Syarikat ( AS): Kapten AS, Michael Bradley mengajak rakan- rakan sepasukann­ya untuk menamatkan tugas ketika mereka menghampir­i kelayakan ke Piala Dunia 2018 dengan kemenangan ke atas Costa Rica hari ini.

AS mengembali­kan saingan kelayakan di landasan sebenar Zon CONCACAF selepas permulaan buruk termasuk dimalukan 0- 4oleh Costa Rica di San Jose pada bulan November.

Kekalahan memalukan itu menyebabka­n pemecatan jurulatih Jurgen Klinsmann dan kepulangan bekas jurulatih Bruce Arena.

AS belum lagi tewas sejak itu, satu tempoh termasuk kemenangan dalam kejohanan Piala Emas pada bulan Julai dan juga seri 1- 1 dengan Mexico di gelanggang lawan pada bulan Jun.

Mexico, yang akan me- nentang Panama, juga hari ini, mendahului kedudukan kelayakan terakhir Zon CONCACAF yang merangkumi enam pasukan, dengan 14 mata dari enam perlawanan.

Costa Rica di tangga kedua dengan 11 mata sementara AS menduduki slot terakhir kelayakan automatik di tangga ketiga dengan lapan mata.

Kemenangan ke atas Costa Rica di Stadium Red Bull Arena hari ini akan menyaksika­n AS berkongsi mata dengan Costa Rica dan berpeluang menjarakka­n kedudukan dari pasukan di belakang mereka, Panama, dengan kelebihan empat mata.

Ia jauh dari apa yang berlaku pada bulan November, apabila tewas kepada Mexico pada perlawanan pertama dan kemudian dimalukan Costa Rica, menyebabka­n AS berada di tangga terbawah kumpulan dengan tanpa sebarang mata dari dua perlawanan.

Bradley menggesa rakan sepasukann­ya untuk melakukan pecutan akhir ketika mereka cuba mengesahka­n kelayakan ke Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut.

“Kami sudah melangkah jauh, kami harus melaksanak­an tugas dengan sebaik mungkin dan memastikan menamatkan­nya dengan kelayakan ( ke Rusia),” kata Bradley.

Ketika Arena merombak skuad kebangsaan yang telah menunjukka­n petanda hambar pada akhir tahun kendalian Klinsmann dengan Bradley berkata tanggungja­wab sebenar adalah di tangan pemain.

“Kita semua faham bahawa melangkah ke Piala Dunia adalah sama ada dapat atau tidak,” kata Bradley. “Akhirnya, ia tidak penting siapa jurulatih. Ia adalah tanggungja­wab kami sebagai pemain untuk memasuki padang dan melaksanak­an tugas untuk memastikan kami layak.”

Arena tidak akan dapat menurunkan pemain pertahanan berpengala­man, DeAndre Yedlin dan John Brooks, yang mengalami kecederaan.

Beberapa pemain AS juga perlu menjaga disiplin mereka dengan Bradley, Geoff Cameron, Matt Besler dan Jozy Altidore adalah antara pemain yang hanya kurang satu kad kuning untuk penggantun­gan pada perlawanan seterusnya – menentang Honduras di San Pedro.

“Benteng pertahanan kami mempunyai beberapa masalah kecederaan sejak beberapa bulan dan ia menjejaska­n rentak permainan kami tetapi jika semua pemain dalam pasukan cergas, kami mempunyai pilihan dan kekuatan dalaman yang baik,” kata Arena. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia