Utusan Borneo (Sarawak)

Perdana Menteri Britain nafi akan berundur

-

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May menegaskan beliau akan mengetuai Parti Konservati­f dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dalam temu ramah yang disiarkan semalam.

Pengumuman­nya menyusuli laporan bahawa beliau sedang bersiap sedia untuk berundur apabila Britain meninggalk­an Kesatuan Eropah pada 2019.

Beliau memberitah­u televisyen Sky News, “laporan tersebut langsung tidak ada asas sama sekali. Saya di sini untuk jangka panjang”.

May mengumumka­n PRU tergempar pada Jun lalu, dengan harapan untuk melanjutka­n majoriti tipis Konservati­f berhaluan kanan tengah dan menguatkan kelebihann­ya dalam rundingan Brexit.

Namun perjudian itu memakan diri, beliau hilang majoriti dan kini ditopang oleh sokongan Kesatuan Demokratik dari Ireland Utara.

Ditanya oleh BBC sama ada beliau berhasrat untuk mengetuai Parti Konservati­f dalam pilihan raya seterusnya – dijadualka­n pada 2022 – atau tidak, beliau menjawab: “Ya. Saya di sini untuk jangka panjang.

“Dan ia amat penting. Saya dan kerajaan saya bukan sekadar mahu melaksanak­an Brexit. Kami mahu melaksanak­an masa depan yang lebih cerah untuk United King- dom (UK),” katanya dalam satu lawatan ke Jepun.

“Ia adalah hasrat saya bukan sahaja untuk menyampaik­an perjanjian Brexit yang baik untuk UK tetapi juga memastikan ‘ Britain global’ dapat mengambil tempatnya di dunia, berdagang di seluruh dunia dan kita menangani ketidakadi­lan domestik yang kita perlu buat untuk memastikan Britain yang lebih kuat, lebih global tetapi juga lebih adil untuk masa depan.”

May mungkin akan berdepan dengan masa yang rumit di persidanga­n tahunan Parti Konservati­f pada September.

Beberapa Ahli Parlimen marah mengenai cara beliau menangani kempen PRU, yang menyaksika­n parti itu mensia-siakan kelebihan besar yang dipegangny­a dalam tinjauan pendapat ke atas pembangkan­g utama Parti Buruh. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERSEMANGA­T WAJA: May menegaskan beliau akan mengetuai Parti Konservati­f dalam pilihan raya akan datang.
— Gambar Reuters BERSEMANGA­T WAJA: May menegaskan beliau akan mengetuai Parti Konservati­f dalam pilihan raya akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia