Utusan Borneo (Sarawak)

BUAYA SESAT DITANGKAP

Penduduk Kampung Kaba ambil masa dua jam jerat buaya 4.5 meter panjang.

- Oleh Kepu Sidi

Kita percaya buaya terbabit masuk ke dalam parit kerana tertarik dengan bau darah daging korban penduduk yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Korban.

SARATOK: Seekor buaya dipercayai penduduk Kampung Kaba, dekat sini kerap menjadikan haiwan peliharaan mereka sebagai mangsa, berjaya ditangkap awal pagi semalam.

Buaya terbabit terperangk­ap selepas ia dipercayai tersesat dan masuk ke dalam parit berhampira­n rumah penduduk kampung.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jemali berkata, buaya itu dianggarka­n 4.5 meter panjang dengan ukur lilit perut 1.62 meter.

“Buaya berkenaan berjaya ditangkap oleh penduduk kampung sekitar jam 8 pagi.

“Kita percaya buaya terbabit masuk ke dalam parit kerana tertarik dengan bau darah daging korban penduduk yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Korban.

“Usaha untuk menangkap buaya terbabit mengambil masa dua jam, sebelum ia berjaya diikat dan dinaikkan dari dalam parit,” katanya.

Sebelum ini, katanya, pen-

Jemali Penduduk

duduk pernah berusaha untuk menangkap buaya terbabit, namun gagal.

Namun demikian, pada pagi Hari Raya Aidiladha semalam, niat penduduk untuk menangkap buaya terbabit yang sering berkeliara­n di bawah rumah, terutama ketika air pasang besar, akhirnya menjadi kenyataan.

“Kerisauan penduduk terhadap kehadiran buaya berkenaan selama ini telah mulai reda apabila ia berjaya ditangkap.

“Berkat kerjasama dan kesungguha­n penduduk kampung, kita berjaya menangkap sang bedal yang sering timbul dan datang berhampira­n dengan tempat tinggal kita.

“Kita telah menghubung­i pihak bertanggun­gjawab untuk mengambil tindakan seterusnya terhadap buaya ini, dan kita berharap ia dapat dipindahka­n jauh dari penempatan manusia,” katanya.

Menurut Jemali, kehadiran buaya terbabit disedari penduduk kampung yang hendak menyediaka­n daging korban pada awal pagi.

“Melihat kehadiran buaya tersebut, beberapa penduduk kampung sepakat untuk menangkapn­ya hidup-hidup.

“Pada mulanya, ia bertindak agak ganas apabila kita hendak menjeratny­a dan cuba untuk melepaskan diri.

“Namun hasil kerjasama dan kesungguha­n penduduk, akhirnya buaya itu dapat ditangkap,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BESAR: Buaya yang berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Kaba Saratok, pagi semalam.
BESAR: Buaya yang berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Kaba Saratok, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia