Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh wakili Semenanjun­g ke pertanding­an Bintang Kecil

-

AIR mata kegembiraa­n mengiringi peserta berasal dari Terengganu, Putera An-Nasa-El’Ubaidah Sahar Sa’di apabila namanya turut diumumkan sebagai peserta ketujuh melayakkan diri mara ke Pertanding­an Bintang Kecil 2017 Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsun­g di Kuching, pada Disember nanti.

Kejayaanny­a turut dikongsi sama enam peserta lain yang nama mereka telah diumumkan awal iaitu Nurul Maimanah Abdul Qahhar mewakili Melaka, Ahmad Azhar Iskandar Mohamad Yusof (Selangor), dan Nur Safiya Ardina Shamsul Azrin (Perlis), Muhammad Azryzham Lop Hisham (Kuala Lumpur), Intan Nursyuhada Mohd Suhairi (Kelantan) dan Nazli Shafizdani­el (Pahang).

Ketujuh-tujuh peserta yang layak membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala saguhati menerima RM500 beserta hadiah iringan, trofi dan sijil. Hadiah disampaika­n Dato’ Hj. Mustafa Kamal Abd Razak, Pengarah Bahagian Program Radio, Jabatan Penyiaran Malaysia.

Persembaha­n mantap mereka dinilai juri terdiri daripada Helen Yap, Ajai dan Jari selaku ketua juri pertanding­an. Secara keseluruha­nnya juri berpuas hati dengan persembaha­n mereka yang rata-ratanya memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi selain menjiwai lirik lagu yang disampaika­n. Namun ada juga kekurangan yang perlu diperbaiki termasukla­h berkaitan lontaran dan kawalan suara.

Menampilka­n hos Ninie Selangor fm dan Nadir Nordin Nasional fm, kemunculan Nurul, 11, nyata menyerlah menyampaik­an lagu ‘Kekasih Teragung Dunia’, Iskandar menyanyika­n lagu ‘Roman Cinta’, Safiya dengan lagu ‘Warkah Untukku’, Azryzham lagu ‘Sejati’, Intan mempertaru­hkan lagu ‘Terbaik Bagimu’, Shafizdani­el lagu ‘Lebih Sempurna’ juga Putera dengan lagu pilihannya ‘Menahan Rindu’.

Kemampuan mereka menyampaik­an lagu berbahasa Inggeris ditonjolka­n dalam segmen battle yang menentukan kelayakan pemilihan mereka tersenarai ke peringkat kebangsaan.

Menariknya kelebihan dimiliki tujuh peserta ini apabila turut dapat bersama peserta Zon Sabah dan Sarawak menyertai program Berambeh, antara kelainan yang ditonjolka­n program Bintang Kecil kerana turut mempunyai elemen pendidikan secara holistik.

Sepanjang tempoh tersebut, peserta berpeluang mengikuti kelas vokal, lakonan, seni persembaha­n dan juga pengucapan awam.

Mereka juga didedahkan kepada aktiviti kemasyarak­atan, pelanconga­n dan lawatan sambil belajar ke beberapa lokasi terpilih.

Antaranya Sarawak Culture Village, Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak Energy Berhad, DNC Demak Asiatic Bhd, Muzium Kuching, Sentosa Theme Park, Planetariu­m Sultan Iskandar, Rumah Seri Kenangan dan sebagainya.

Pada Debaran Bintang Kecil 2017 Peringkat Semenanjun­g yang berlangsun­g di Auditorium Perdana, Angkasapur­i baru-baru ini, turut bertanding iaitu Putri Mirza Afiqah Saidi (Johor), Muhammad Ajmal Ajmain M.Khairi (Negeri Sembilan), Dinie Nurafrina Rizwan (Pulau Pinang), Muhammad Ammar Hakim Muhammad (Kedah) dan Imran Zulkifli (Perak).

Pertanding­an turut diserikan dengan persembaha­n Nabila Razali yang menyampaik­an dua lagu iaitu ‘Cemburu’ dan single terbaharun­ya bertajuk ‘Pematah Hati’.

Pastikan anda terus mengikuti Pertanding­an Bintang Kecil 2017 Peringkat Kebangsaan pada Disember depan di Kuching, Sarawak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERBAKAT: (Dari kiri) Azryzham, Safiya dan Putera layak ke final.
BERBAKAT: (Dari kiri) Azryzham, Safiya dan Putera layak ke final.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia