Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP akan tampil muka baharu PRU

Cuma Riot akan kekal di kerusi Parlimen Serian, enam ‘darah muda’ dijangka barisi enam kerusi lain

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menampilka­n muka baharu bagi kebanyakan kerusi Parlimen yang akan mereka pertanding­kan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidenny­a Datuk Dr Sim Kui Hian semalam mengesahka­n demikian apabila ditanya tentang kemungkina­n tersebut.

“Daripada tujuh kerusi yang dipertandi­ngkan sebelum ini, kita tewas enam kerusi, jadi sudah semestinya enam muka baharu akan dikemukaka­n, sementara Serian akan mengekalka­n penyandang (Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem),” katanya ketika mengesahka­n ‘muka lama’ tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding pada kali ini.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan ditemui ketika sambutan Hari Raya Korban Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan di Batu 17, Siburan semalam.

Ditanya sama ada calon berpotensi sudah dikenal pasti, beliau menjawap mereka mahukan calon yang terbaik walaupun mereka sudah ada senarai pendek calon awal.

“Maka, anda semua masih boleh mengemukak­an resume (CV). Sudah tentulah kita mahu calon terbaik dan kita akan memberi peluang kepada darah muda.

“Saya selalu menyatakan jika anda mempunyai keupayaan dan kebolehan serta yakin anda merupakan calon yang boleh menang, dengan berbesar hati anda dialu-alukan untuk menyertai SUPP,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Sim menekankan keputusan muktamad masih terletak di tangan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN)

Ditanya mengenai ke- mungkinan ADUN boleh dipertimba­ngkan atau berpeluang untuk dicalonkan, Dr Sim berkata ini tidak mungkin termasuk bagi dirinya kerana menurutnya: “Tekanan darah sudah cukup tinggi.”

“Kita tahu terdapat ramai individu yang berkeupaya­an di luar sana baik lelaki mahupun wanita dan kita amat berharap mereka akan tampil jika mereka mahu berkhidmat untuk rakyat.

“Masa masih ada,” ujarnya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi membuat keputusan mengenai tarikh PRU14.

SUPP, katanya, telah membuat persiapan dengan gigih sejak PRN lalu untuk menghadapi PRU14.

Pada majlis sambutan Hari Raya Korban berkenaan, Pesuruhjay­a Polis Negeri Datuk Amer Awal menyampaik­an bungkusan daging kepada anggota polis dan penerima lain.

Sebanyak empat lembu dan dua kambing yang disumbangk­an oleh beliau sendiri, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr James Dawos Mamit dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Datuk Ahmad Ibrahim telah dikorbanka­n.

Daripada tujuh kerusi yang dipertandi­ngkan sebelum ini, kita tewas enam kerusi, jadi sudah semestinya enam muka baharu akan dikemukaka­n, sementara Serian akan mengekalka­n penyandang (Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem). Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

 ??  ??
 ??  ?? MUHIBAH: Dr Sim (baris depan, empat kiri) dan Amer (empat kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan pada majlis sambutan Hari Raya Korban IPD Padawan semalam.
MUHIBAH: Dr Sim (baris depan, empat kiri) dan Amer (empat kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan pada majlis sambutan Hari Raya Korban IPD Padawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia