Utusan Borneo (Sarawak)

Netizen luah rasa simpati, terkejut kematian Valentino

-

SIBU: Akaun Facebook (FB) milik mendiang Lans Koperal Valentino Mesa, 29, tidak putus-putus dicurahi dengan ucapan takziah daripada netizen terutama kenalan akrabnya.

Berita kes bunuh menjadi tular di media sosial sejak mangsa ditemui mati, ditembak dari jarak dekat dan ditikam dengan objek tajam di Balai Polis Pinggiran Subang Jaya pada jam 3.25 pagi Khamis lalu.

Seorang bekas guru beliau di SMK Bintangor kini berhijrah ke Edmonton Alberta, Kate Katty turut meluahkan simpati melalui FB mendiang dengan menyatakan pemer- gian mendiang tidak diduga dan sukar diterima.

“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul apatah lagi ibu bapa dan orang yang tersayang ditinggalk­an,” katanya dalam laman FB mendiang.

Bekas rakan sekolah mendiang, Mohamad Tajuddin dalam laman FB beliau berharap agar kematian Valentino dibela tidak mengira sama ada suspek itu ada pertalian saudara.

Mohamad kini bekerja sebagai polis bantuan berkata, minat mendiang menjadi anggota polis lahir sejak bangku sekolah dan mereka merupakan rakan karib dalam kelab kadet polis.

Aneurin Ants (bukan nama sebenar) menyifatka­n mendiang merupakan seorang baik hati.

“Saya tidak tahu apa hendak buat dan tidak percaya apabila ternampak berita mengejutka­n di FB,” katanya dalam FB.

Sementara itu, bapa mangsa, Mesa Ugong, 53, yang ditemui di Lapangan Terbang Sibu malam kelmarin berkata kali terakhir beliau melihat Valentino semasa sambutan Gawai Dayak pada Jun lalu.

Katanya, mereka kerap berhubung melalui telefon sebelum ini.

“Dia ( Valentino) tidak pernah menyuaraka­n masalah semasa kami bercakap melalui telefon,” katanya.

Menurutnya, Valentino adalah anak ketiga di antara enam anaknya, empat lelaki dan dua perempuan.

Katanya, beliau menerima berita mengejutka­n itu daripada anaknya yang lain selepas diberitahu oleh isteri Valentino.

Beliau berkata, pada mulanya ahli keluarga memutuskan untuk terbang ke Kuala Lumpur tetapi berubah fikiran selepas mengetahui bahawa mayat Valentino akan dihantar secepat mungkin (Khamis).

Keranda Valentino tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 9.35 malam Khamis lalu.

Kira-kira 200 orang termasuk pegawai polis dari seluruh negeri dan ahli keluarga berada di sana untuk menerima keranda dan penghormat­an terakhir sebelum dibawa ke rumah panjangnya di Pakan.

Sementara itu, salah seorang adik perempuan mangsa yang belajar di Pulau Pinang berkata dia terbang pulang sebaik sahaja dia menerima berita bahawa mayat itu dibawa balik ke Sarikei kemudian dibawa ke Pakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia