Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM perlu kukuh perpaduan, kerjasama agar terus relevan, kata Antonio

-

MIRI: Persatuan Bisaya Sarawak Miri (PBSM) digesa terus mengukuhka­n perpaduan dan kerjasama bagi memastikan persatuan itu terus relevan.

Presiden PBSM Antonio Kahti Galis berkata sejak ditubuhkan lebih 20 tahun lalu PBSM berjaya menganjurk­an pelbagai aktiviti dan acara, sama ada di Miri mahupun peringkat negeri.

Antara aktiviti diadakan ialah malam kebudayaan, Pesta Babulang dan bengkel pendidikan untuk anak-anak Bisaya.

“Dalam tempoh lebih dua dekad, PBSM terus mengorak langkah ke hadapan dan memanfaatk­an kira-kira 300 ahli.

“Saya berharap ahli-ahli PBSM terus mengekalka­n kerjasama dan saling bantubantu kalangan mereka,” katanya pada majlis makan malam kesyukuran di Kelab Gymkhana Miri (KGM) malam kelmarin.

Majlis kesyukuran itu dianjurkan PBSM sebagai tanda penghargaa­n terhadap sumbangan Antonio sebagai pengerusi semasa di Miri se- belum berpindah ke Kuching April lalu.

Antonio yang juga Presiden Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) berkata, PBSM juga memainkan peranan penting menganjurk­an beberapa acara besar seperti Pesta Babulang di Batu Danau, Limbang.

“Saya berharap ahli-ahli tanpa mengira cawangan terus bekerjasam­a membangunk­an persatuan dan pada masa sama membantu kaum kita terus maju,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, bangunan ibu pejabat PBS kini sudah siap dan menunggu surat menduduki (OP) untuk dibuka tahun ini.

Manakala Pusat Kebudayaan Bisaya di Batu Danau yang menjadi identiti kaum Bisaya di negeri ini hampir siap dan dijangka dibuka tahun hadapan.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bisaya Sarawak merangkap Naib Presiden PBSM Latip Sapong, mantan presiden protem PBSM Edward Guatee dan Ketua Masyarakat Orang Ulu, Temenggung Elizabeth Deng.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Latip (kanan) dan Edward (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Antonio pada majlis kesyukuran anjuran PBSM di Kelab Gymkhana Miri, malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Latip (kanan) dan Edward (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Antonio pada majlis kesyukuran anjuran PBSM di Kelab Gymkhana Miri, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia