Utusan Borneo (Sarawak)

ATM korban 20 lembu, 8 kambing untuk semua kem seluruh S’wak

-

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian memuji pihak berkuasa tempatan (PBT) Miri dan Sibu kerana mengambil inisiatif melaksanak­an usaha hijau untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa menyokong inisiatif hijau bagi melindungi alam sekitar dan mencegah degradasi terutama di bandar- bandar besar dan mahu usaha itu secara perlahan- lahan dijadikan amalam semua rakyat di negeri ini.

“Menjadi polisi kementeria­n untuk menggalakk­an pelaksanaa­n sebarang inisiatif dan usaha yang akan meminimum dan mengurangk­an kesan dan bahayanya kepada persekitar­an kita,” ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif hijau diimplemen­tasikan menerusi PBT Miri dan Sibu yang menjadi peneraju tidak menggunaka­n beg plastik dan bungkusan styrofoam.

Dr Sim ditemui pada sambutan Majlis Hari Raya Korban yang turut dihadiri Pesuruhjay­a Polis Negeri Datuk Amer Awal di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan di Batu 17, Siburan semalam.

Justeru, beliau berharap inisiatif sedemikian akan dicontohi oleh PBT lain untuk menyediaka­n kehidupan yang lebih baik demi kesejahter­aan rakyat.

“Kita memberi peluang kepada mereka untuk merancang usaha dan inisiatif yang akan memberi impak kepada rakyat setempat dan seterusnya kita akan menyokong usaha tersebut. Ia mengambil masa sebenarnya.

“Biar PBT lakasanaka­nnya sedikit demi sedikit dan ia seterusnya akan menjadi tabiat yang bagus dipupuk di kalangan rakyat,” tegasnya.

Saban hari, penggunaan bungkusan styrofoam bagi tujuan pembungkus­an dan dalam perkhidmat­an makanan, Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah mengeluark­an polisi bagi melarang penggunaan plastik untuk pengusaha makanan di bandar itu bermula 1 Januri tahun depan.

Datuk Bandar MBM, Adam Yii melarang pengusaha makanan dan minuman, pembuatan dan pasar raya menggunaka­n plastik

Pada masa sama, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (SMC) Datuk Tiong Thai King berkata pihaknya akan menganjurk­an kempen ‘Say No To Plastic Bags 2.0’ Oktober ini.

Kempen pertama telah dilaksanak­an pada 16 November 2009 dengan penglibata­n 30 premis perniagaan seluruh Sibu. KUCHING: Sebanyak 20 lembu dan lapan kambing dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi semua kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat di seluruh Sarawak.

Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Dato Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata, lembu dan kambing berkenaan merupakan sumbangan wakil rakyat, ahli perniagaan dan individu untuk dilapah dan diagihkan kepada anggota ATM dan orang awam.

“Setiap tahun pada Hari Raya Aidiladha yang pertama selepas solat Aidiladha, kita adakan program korban dengan menumbangk­an keseluruha­nnya, di seluruh kem yang terdapat di Sarawak kita korbankan 20 lembu dan lapan kambing.

“Agihan tidak tertakluk kepada warga tentera sahaja tetapi juga orang awam dan kita harap kita dapat sumbang sebanyak mungkin kepada warga kami dan orang awam,” katanya ketika ditemui selepas selesai Ibadah Korban Hari Raya Aidiladha Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat di Masjid Solahuddin Al-Ayubi, Kem Penrissen semalam.

Sebahagian daripada daging korban semalam akan diberikan kepada saudara kita di Kampung Belimbing, Padawan hari ini.

Menurut beliau, penduduk Islam di Kampung Belimbing juga berhak mendapat hak mereka dan pihaknya akan berkampung untuk bergotong-royong untuk mengadakan program korban.

Pada masa sama, beliau berkata rakyat tidak perlu gusar akan keselamata­n dalam negara kerana persempada­nan negara dikawal rapi dan sukar dibolosi oleh musuh.

“Terutama di bahagian Sarawak ke Sabah, kita memang mengadakan kawalan ketat dan ia juga adalah hasil kerjasama erat kita dengan Tentara Nasionalis Indonesia (TNI),” katanya.

Zaki baru-baru ini mendapat kunjungan daripada Panglima Briged TNI untuk memperkema­skan urusan perbatasan.

“Sepanjang tempoh perjalanan Sukan SEA baru-baru ini, kesela- matan juga berada di tahap tertinggi dan begitu juga di Sabah.

“Semasa Sukan SEA, pihak kita amat prihatin tentang keadaan keselamata­n tetapi ia berada di tahap tertinggi dan kita akan memperkema­skan tugas dan kawalan di persempada­nan darat serta laut selepas ini,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Staf Am Markas Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat, Brigadier Jeneral Dato Subari Tomo dan isteri, para pegawai dan ahli-ahli BAKAT.

 ??  ?? KERJASAMA: Daging lembu dilapah dengan kerjasama para anggota dan orang ramai di Masjid Solahuddin Al-Ayubi, Kem Penrissen semalam.
KERJASAMA: Daging lembu dilapah dengan kerjasama para anggota dan orang ramai di Masjid Solahuddin Al-Ayubi, Kem Penrissen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia