Utusan Borneo (Sarawak)

Persediaan ‘ Taste Of Borneo Carnival 2017’ berjalan lancar

-

MIRI: Persediaan untuk karnival dan budaya berasaskan makanan ‘Taste Of Borneo Carnival 2017’ yang dijadualka­n pada 24 November hingga 3 Disember depan di pekarangan parkir pusat beli-belah Boulevard berjalan dengan lancar.

‘ Taste of Borneo’ dianjurkan oleh Persatuan Cina Sarawak dan disokong oleh Pusat Maklumat Sarawak.

Baru-baru ini, jawatankua­sa penganjur telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Mereka ialah Penasihat Penganjur Datuk Hii King Chiong, Presiden Persatuan Cina Sarawak Ting Pang Soon, Pengerusi Penganjur Harry Lee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Informasi Islam Zabariah Matali serta wakil-wakil penganjur yang lain.

Semasa lawatan itu, Hii bagi pihak jawatankua­sa penganjur menyerahka­n surat jemputan kepada Abang Johari sebagai tetamu kehormat sekali gus merasmikan program berkenaan pada 25 November.

Jawatankua­sa berkenaan turut menjemput Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaa, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Fu Jijun sebagai tetamu jemputan pada majlis pembukaan acara itu.

Hii turut memberi penerangan kepada Abang Johari mengenai perkembang­an terkini program berkenaan yang bertujuan untuk meningkatk­an aktiviti pelanconga­n dan menjana lebih banyak pendapatan serta peluang perniagaan bagi masyarakat setempat.

Beliau turut menyifatka­n bahawa lima persatuan etnik yang terlibat terbabit iaitu Persatuan Melayu Miri, Persatuan Dayak Miri, Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Persatuan Sikh Miri dan Persatuan India Miri juga secara tidak langsung membantu jawatankua­sa mempromosi­kan keharmonia­n kaum melalui penganjura­n program sedemikian.

“Program ini secara langsungny­a antara program yang menunjukka­n betapa kayanya kepelbagai­an budaya yang ada di sini, selain mempromosi­kan keharmonia­n dan keamanan masyarakat setempat,

“Aktiviti seperti ini juga akan menjadi antara tarikan pelancong untuk berkunjung memandangk­an Miri adalah pintu gerbang untuk menarik mereka dari Sabah dan negara jiran, Brunei,” tambah Hii.

Jawatankua­sa penganjur kemudianny­a turut mengadakan kunjungan yang sama ke pejabat Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Fu Jijun.

Antara program lain yang turut diselitkan bagi menyerikan sepanjang acara berkenaan ialah persembaha­n tarian, pertanding­an nyanyia Borneo Mandarin, persembaha­n dari Silver City Music Records Enterprise, pertanding­an tarian Borneo National, pertanding­an pakaian Cheong Sam, pertanding­an bina badan dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang menyertai dalam acara tersebut ialah berpeluang memenangi pertanding­an ‘The Best Decoration Stall’ dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 untuk hadiah utama.

Manakala tempat kedua akan menerima RM500 dan RM300 bagi tempat ketiga.

Selain itu, pihak penganjur turut akan memberikan 1,000 hadiah misteri kepada mereka yang menekan butak ‘Like’ bagi acara terbabit di laman sosial Facebook ‘ Taste of Borneo Carnival 2017’.

Hadiah terbabit akan diberikan kepada mereka yang bertuah berdasarka­n konsep ‘ Siapa Cepat, Dia Dapat’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia