Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji semula program pendidikan pencegahan dadah di sekolah

-

SIBU: Pihak berkuasa mungkin perlu mengkaji dan menilai semula program pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah bagi menentukan sejauh mana objektifob­jektif telah dibuat setakat ini dalam usaha membebaska­n sekolah daripada penyalahgu­naan dadah.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, gesaan ini dibuat susulan peningkata­n bilangan pelajar yang terlibat dalam kes dadah yang direkodkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalan tempoh enam bulan tahun ini.

Pengarah Bahagian Pence- gahan AADK Abdul Rahman Hamid dilaporkan berkata, angka tersebut diperoleh melalui ujian air kencing yang dijalankan di sekolahsek­olah dan pelajar-pelajar terbabit adalah pengguna dadah baharu.

“Bagi saya, sangat penting apabila ia (penggunaan dadah) melibatkan sekolah memandangk­an sekolah adalah tempat untuk mendidik anak-anak muda.

“Tetapi, jika ada kes penglibata­n pelajar (dalam dadah) meskipun sekolah- sekolah menganjurk­an pendidikan atau kempen antidadah, saya fikir pihak berkuasa perlu menilai semula program kempen antidadah,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Sementara itu, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata bahawa keadaan itu masih terkawal tetapi isu tersebut membimbang­kan kerana jumlahnya meningkat berbanding tahun lepas.

Menurut Lee, adalah sangat penting keluarga setiap pelajar memainkan peranan dalam isu tersebut.

“Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjaga anak-anak mereka. Ia bukan hanya tanggungja­wab pihak sekolah semata-mata.

“Itulah sebab mengapa saya sentiasa mengesa Persatuan Ibu Bapa dan Gurut (PIBG) menganjurk­an lebih banyak aktiviti ini untuk membantu menyelesai­kan masalah tersebut,” katanya.

Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Lee berpendapa­t sudah tiba masanya semua pihak mengambil bahagian dalam memerangi ancaman dadah.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia