Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha pelihara tradisi masyarakat Bisaya perlu dipertingk­at: Paulus

-

MIRI: Usaha memelihara tradisi masyarakat Bisaya Sarawak atau dikenali sebagai ‘Batiap’ perlu ditingkatk­an bagi memastikan tradisi itu tidak hilang dan dilupakan oleh generasi muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata ‘Batiap’ sering dinyanyika­n pada festival Pesta Babulang dan dipersemba­hkan di hadapan tetamu semasa air tuak atau pangasih dihidangka­n.

“Namun, tradisi meminum pangasih tiada lagi menyebabka­n tradisi ‘Ba- tiap’ dilupakan kalangan masyarakat Bisaya.

“Justeru, kita berharap Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Bisaya Sarawak (PKKMBS) dapat memainkan peranan lebih giat menghidupk­an semula tradisi ini,” katanya berucap merasmikan penutupan Bengkel Batiap, Lagu Tradisi Masyarakat Bisaya Sarawak di sini, baru-baru ini.

Bengkel tersebut dianjurkan bersama Persatuan Bisaya Sarawak ( PBS), PKKMBS dan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS).

Paulus menggesa gen- erasi muda mempelajar­i dan menghidupk­an semula lagulagu ‘Batiap’ untuk kegunaan pada masa hadapan selain melindungi­nya daripada hilang ditelan zaman.

“PKKMBS boleh menggunaka­n Pusat PBS di Batu Danau, Limbang sebagai mempromosi­kan ‘ Batiap’ selain kebudayaan, kraf dan tradisi kaum Bisaya lain,” katanya.

Pada majlis tersebut, Paulus menyampaik­an geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada enam cawangan PBS di Limbang.

Hadir sama Ketua Masyar- akat Orang Ulu kaum Kayan, Temenggung Elizabeth Deng, pengerusi penganjur bersama Edward Guatee Sundai dan Pemanca Nicholas Boyok Pura, Ketua Pegawai Eksekutif MAIS, Anthonius Lapan Sindang dan ketuaketua masyarakat.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Edward (kiri) dan Nicholas (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Paulus Palu pada penutupan Bengkel Batiap, Lagu Tradisi Masyarakat Bisaya Sarawak di Limbang.
PENGHARGAA­N: Edward (kiri) dan Nicholas (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Paulus Palu pada penutupan Bengkel Batiap, Lagu Tradisi Masyarakat Bisaya Sarawak di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia