Utusan Borneo (Sarawak)

Perbanyak program menarik tarik pelancong luar

Aktiviti dianjur bukan sekadar mampu kumpul masyarakat setempat, malah gamit pelancong: Lee

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Bandar raya Miri memerlukan lebih banyak acara menarik bagi meningkatk­an kedatangan pelancong luar.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, usaha sedemikian akan membantu Miri sebagai lokasi yang sesuai untuk dikunjungi.

“Penganjura­n acara haruslah kreatif dalam usaha menarik orang luar untuk bersama menyertai dan bukan hanya untuk memenuhi kesesuaian rekod pihak penganjur.

“Sesuatu aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja menarik masyarakat setempat, tetapi ia perlu menarik pelancong luar dari kawasan untuk berminat datang ke Miri bagi melihat keunikan dan pengalaman yang kita tawarkan untuk mereka,” jelasnya.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian pada majlis penyampaia­n hadiah untuk Pertanding­an Wushu, Tarian Singa dan Taekwando sempena Miri Wave Carnival 2017 anjuran Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Lutong yang berlangsun­g di Coco Cabana, Ma- rina Bay Miri di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha penganjura­n Miri Wave Carnival terbabit yang menarik ribuan pengunjung sejak diadakan pada 25 Ogos lalu.

“Saya difahamkan karnival ini yang akan berlangsun­g sehingga Ahad, 3 September ini bukan sahaja menarik ribuan pengunjung, malah pelbagai aktiviti menarik turut menjadi tumpuan pengunjung untuk ke sini.

“Acara sebegini harus kerap dianjurkan dalam menyediaka­n ruang untuk para pengunjung yang datang sekeluarga bagi menikmati pelbagai program yang disediakan selain dapat meluangkan masa bersama,” tambahnya.

Lee kemudianny­a menyampaik­an hadiah kepada sepuluh pemenang utama pertanding­an wushu yang merupakan antara program yang diselitkan pada karnival berkenaan.

Sementara itu, selain terdapat 70 gerai jualan makanan dan 40 gerai jualan produk perniagaan, Miri Wave Carnival turut diserikan dengan aktiviti seperti ‘Zumba Konga,’ ‘Talent Wave,’ ‘Miss Wave Miri,’ persembaha­n kebudayaan, ‘Voice Star 5,’ ‘Wave Run’ dan lain-lain.

Sesuatu aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja menarik masyarakat setempat, tetapi ia perlu menarik pelancong luar dari kawasan untuk berminat datang ke Miri bagi melihat keunikan dan pengalaman yang kita tawarkan untuk mereka. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ?? JEMPUTAN KHAS: (Dari kanan) Hii, Zabariah dan Ting ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari baru-baru ini bagi jemputan untuk ‘Taste of Borneo Canival 2017’.
JEMPUTAN KHAS: (Dari kanan) Hii, Zabariah dan Ting ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari baru-baru ini bagi jemputan untuk ‘Taste of Borneo Canival 2017’.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Lee (berdiri lima kiri) dan pihak penganjur merakam kenangan bersama sepuluh pemenang utama pertanding­an wushu di Miri, malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Lee (berdiri lima kiri) dan pihak penganjur merakam kenangan bersama sepuluh pemenang utama pertanding­an wushu di Miri, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia