Utusan Borneo (Sarawak)

Program Negaraku@Komuniti dan Majlis Jalinan Kasih di Kampung Opar berjaya

-

KUCHING: Program Negaraku@Komuniti dan Majlis Jalinan Kasih yang diadakan di Dewan Balai Raya Kampung Opar berlangsun­g dengan jayanya kelmarin.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Bau dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Kampung Opar dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Sumi Lidei yang mewakili Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Anthony Nogeh Gumbek.

Sumi dalam ucapannya sangat mengagumi semangat gotong- royong yang ditonjolka­n oleh ahli- ahli K1M Kampung Opar bagi mengeratka­n lagi silaturahi­m antara penduduk kampung di samping mendidik generasi muda untuk mengekalka­n tradisi tersebut.

Pada masa sama, Sumi amat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan yang selama ini banyak membantu dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak kementeria­nnya.

Sumi ingin menarik perhatian golongan muda yang berminat menceburi bidang industri asas tani agar menyertai Seminar Agropreneu­r Muda yang akan diadakan oleh kementeria­n pada bulan September nanti.

Selain itu, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani turut menjemput anak- anak muda dari kawasan Parlimen Mas Gading yang berminat dalam bidang seperti tanaman, ternakan, pemprosesa­n makanan, pemasaran dan perikanan bagi peringkat sijil dan diploma supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana latihan ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Turut berucap, Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Ali Suhaili yang menekankan bahawa ahliahli K1M perlu berperanan sebagai Wartawan Komuniti seperti yang telah disarankan oleh Pengarah Penerangan sebelum ini.

Katanya, ia penting supaya bukan sahaja dapat mempromosi­kan produk-produk tempatan malah mengetenga­hkan adat dan tradisi komuniti tersebut supaya ahli-ahli K1M yang lain dan masyarakat luar dapat mengenal dan mempelajar­i khususnya adat resam masyarakat bidayuh melalui media sosial seperti Facebook.

Sepanjang perjalanan masuk ke Kampung Opar, kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri yang menghiasi telah mendapat pujian daripada Ali.

“Semangat cintakan negara perlu dipupuk dan disemai khususnya dalam kalangan generasi muda akan datang,” tambahnya.

Pada majlis sama turut diadakan penyampaia­n sumbangan insentif kepada lapan pelajar yang terdiri daripada anak- anak ahli K1M yang cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR, PT3 dan SPM 2016.

Ahli K1M yang ditimpa bencana juga tidak dilupakan apabila sumbangan diberikan kepada Sintonis Daim yang telah mengalami kebakaran rumahnya pada 4 Ogos lepas.

Antara acara sampingan ialah upacara memotong kek sempena ulang tahun kesepuluh penubuhan K1M Kampung Opar.

Majlis diserikan lagi dengan hiburan yang diiringi oleh ‘live band’ dan cabutan tiket bertuah.

 ??  ?? TAHNIAH: Penyampaia­n insentif kepada anak ahli K1M yang cemerlang Kolej Vokasional.
TAHNIAH: Penyampaia­n insentif kepada anak ahli K1M yang cemerlang Kolej Vokasional.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia