Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani masalah kelajuan Internet di Batu Danau

Beberapa kawasan masih kurang memuaskan biarpun beberapa menara telekomuni­kasi sudah dibina

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Masalah capaian Internet yang kurang memuaskan masih membelengg­u masyarakat di luar bandar Batu Danau meskipun beberapa kemudahan menara telekomuni­kasi dibina di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, berkata beberapa menara telekomuni­kasi dibina melibatkan Kuala Mendalam, Hulu Pandaruan dan Batu Danau namun akses Internet kurang memuaskan.

Katanya, syarikat telekomuni­kasi berperanan

Capaian Internet di beberapa kawasan di Batu Danau masih jauh ketinggala­n dan belum menyeluruh. Ini menjadi kekangan kepada masyarakat luar bandar terlibat dalam perniagaan ekonomi digital.

sebagai penyedia perkhidmat­an perlu meningkatk­an capaian dan kelajuan Internet di kawasan tersebut.

“Capaian Internet di beberapa kawasan di Batu Danau masih jauh ketinggala­n dan belum menyeluruh.

“Ini menjadi kekangan kepada masyarakat luar bandar terlibat dalam perniagaan ekonomi digital,” katanya ditemui media pada Sambutan Hari Raya Korban di Kampung Palas di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Khas Paulus, Jimmy Ngindang, Pemanca Nicholas Buyok Pura dan Ketua Kampung Palas Kipli Muda.

Katanya, meskipun kemudahan menara sudah dibina di sesetengah tempat di kawasannya tetapi capaian Internet masih kurang memuaskan.

“Syarikat telekomuni­kasi perlu meningkatk­an capaian dan kelajuan kerana akses masih perlahan misalnya di Batu Danau.

“Kesukaran muat turun atau muat naik maklumat dan gambar menyebabka­n penduduk tidak dapat menjalanka­n kerja promosi dalam Internet sekali gus menjadi kekangan mereka mengembang­kan perniagaan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Paulus menyumbang­kan seekor kerbau.

Lebih 300 penduduk mendiami Kampung Palas yang terletak 23 kilometer dari bandar Limbang dengan 54 rumah.

Selain Kampung Palas, empat kerbau turut disumbangk­an membabitka­n Kampung Medait, Belading, Anak Bukit dan Kuala Awang tahun ini.

Paulus Palu Gumbang ADUN Batu Danau

 ??  ?? GOTONG- ROYONG: Paulus (dua kiri), Kipli (dua kanan) dan Nicholas (berdiri tiga kiri) melapah daging kerbau di Kampung Palas, Limbang semalam.
GOTONG- ROYONG: Paulus (dua kiri), Kipli (dua kanan) dan Nicholas (berdiri tiga kiri) melapah daging kerbau di Kampung Palas, Limbang semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Sebahagian pengunjung yang terlibat dengan program pembersiha­n pantai bergambar kenangan bersama Adam.
UNTUK ALBUM: Sebahagian pengunjung yang terlibat dengan program pembersiha­n pantai bergambar kenangan bersama Adam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia