Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam di Miri sambut Aidiladha secara sederhana, penuh kesyukuran

-

MIRI: Umat Islam di sini semalam meraikan Hari Raya Aidiladha juga dikenali Hari Raya Haji secara sederhana dan penuh kesyukuran.

Cuaca cerah membolehka­n umat Islam melaksanak­an solat sunat Aidiladha di seluruh masjid dan surau di sini manakala aktiviti menyembeli­h lembu korban diadakan secara gotongroyo­ng pada sebelah petang dan kebanyakan memilih melakukan ibadah korban hari ini.

Sementara itu, Masjid AlFirdaus Taman Tunku di sini dipenuhi kira-kira 1,000 umat Islam termasuk Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang bagi melaksanak­an solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah disampaika­n oleh Arbi Lai.

Arbi dalam khutbah bertajuk ‘Iktibar Daripada Pengorbana­n’ menyeru umat Islam sentiasa meningkatk­an ketaatan mereka kepada Allah dan meninggalk­an semua larangan- Nya.

“Saya sentiasa mengingatk­an diri saya meningkatk­an ketaqwaan kepada Allah dan umat Islam harus melakukan perkara sama.

“Umat Islam berada dalam kerugian jika mereka menjauhkan diri daripada Allah kerana hal- hal material di dunia ini akhirnya menghalang mereka mengamal- kan Islam sebagai cara hidup kerana mereka keliru antara keperluan dan keinginan,” katanya.

Arbi juga memuji tindakan Nabi Ibrahim menyatakan cintanya terhadap penciptaNy­a.

“Pemberian Allah kepada Nabi Ibrahim tidaklah seberapa dibandingk­an dengan pengorbana­nnya kepada Allah kerana ketaatanny­a dan menunjukka­n mesej kuat di mana pengorbana­n harus menjadi sebahagian kegiatan harian kita dan bukan sekali setahun.

“Sempena Aidiladha umat Islam digalakkan melakukan ibadah korban dan waktunya bermula dari terbit matahari pada hari Aidiladha ( setelah doa dan khutbah) sampai matahari terbenam iaitu hari Tasyriq terakhir pada 13 Zulhijah,” katanya.

Ahmad Lai kemudian menyampaik­an kambing korban kepada jawatankua­sa masjid untuk diedarkan.

Bagi anggota Batalion ke8 Rejimen Sempadan (RS8), Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sungai Rait di sini mereka meraikan Aidiladha secara sederhana bersama anggota.

RS8 menyambut ulang tahun pertama awal tahun ini menempatka­n 320 kakitangan dan 190 kakitangan Islam melaksanak­an solat Aidiladha di Surau Kampung Damai, Sungai Rait di sini dengan penduduk kampung lain diketuai Ustaz Noor Fariza Abdul Samad.

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu hari paling suci dalam kalendar Islam menandakan kemuncak ibadah haji di Mekah yang dilaksanak­an oleh berjuta-juta umat Islam setiap tahun.

 ??  ?? SYUKUR: Ahmad Lai bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Firdaus Taman Tunku, Miri semalam.
SYUKUR: Ahmad Lai bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Firdaus Taman Tunku, Miri semalam.
 ??  ?? AKTIVITI MURNI: Para belia dan penganjur aktiviti sukarelawa­n merakamkan kenangan.
AKTIVITI MURNI: Para belia dan penganjur aktiviti sukarelawa­n merakamkan kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia