Utusan Borneo (Sarawak)

500 pengunjung jayakan kerja pembersiha­n pantai Piasau

-

MIRI: Seramai 500 pengunjung terdiri penduduk tempatan, badan kerajaan dan syarikat korporat memeriahka­n pembersiha­n pantai berdekatan dengan Piasau Boat Club di sini, baru-baru ini.

Ini merupakan kali kedua Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kerjasama Jawatankua­sa Penduduk (JKP) mengadakan aktiviti seumpama ini.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata seramai 15 JKP di bawah kelolaan MBM terlibat dengan aktiviti tersebut bertujuan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kepentinga­n menjaga kebersihan pantai.

“Pantai di sini merupakan antara aset terpenting bagi Bandaraya Miri kerana ia menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi terutamany­a berkaitan dengan pelanconga­n.

“Saya juga menggalakk­an orang awam beramai- ramai membersihk­an kawasan pantai kita melalui inisiatif mereka sendiri.

“Bukan setakat kita membersihk­an pantai pada hari ini sahaja, malahan semua orang boleh memberikan sumbangan dan terlibat dengan aktiviti penjagaan alam sekitar ini,” katanya ketika ditemubual pemberita semasa berlangsun­gnya program tersebut.

Adam berkata beliau gembira dengan penyertaan yang ramai pada program pembersiha­n pantai pada kali ini dan ia menunjukka­n bahawa masyarakat di bandar ini telah lebih peka terhadap isu kebersihan pantai.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai perangkap sampah di sungai yang dibincangk­an semasa Mesyuarat Majlis MBM baru-baru ini, Adam berkata MBM akan mempertimb­angkan cadangan tersebut.

“Semua sedia maklum, sungai adalah dibawah kuasa Lembaga Sungai- Sungai Sarawak dan MBM akan bekerjasam­a rapat dengan lembaga ini untuk melaksanak­an perangkap sampah tersebut di masa akan datang.

“Buat masa ini, saya berharap agar penduduk yang tinggal sekitar sungai-sungai di Miri dapat memberikan kerjasama tidak membuang sampah sarap sewenangwe­nangnya ke dalam sungai,” katanya.

Pada program itu, pengunjung mula berkumpul di Piasau Boat Club sebelum bergerak ke pantai berdekatan dengan Miri Golf Club bagi aktiviti mengutip sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia