Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu Jaya bandar harmoni dengan pelbagai bangsa dan agama: Hii

-

SIBU: Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee menyifatka­n Sibu Jaya adalah sebuah bandar harmoni dengan pelbagai bangsa dan agama.

Katanya, semua penduduk Sibu Jaya diikat dengan semangat dan sikap itu sejak beberapa dekad sehingga bandar tersebut terus berkembang pesat.

“Tiada masalah di antara pelbagai kaum dan agama di Sibu Jaya. Rata-rata pendudukny­a dapat hidup den- gan aman dan harmoni.

“Sibu Jaya harus menjadi contoh kepada semua bandar di negara ini dalam usaha menuju ke sebuah perbandara­n baharu di negeri ini,” katanya pada malam ketujuh Pesta Sibu Jaya kelmarin.

Hadir sama Pengurus Kanan Distrepark Sdn Bhd Eddy Puah, pemimpin masyarakat serta tetamu lain.

Hii memberitah­u Sibu Jaya bakal berkembang dengan pesat disebabkan ada pemaju komited memperluas bandar tersebut.

Beliau berkata, kehidupan di Sibu Jaya jauh berubah berbanding beberapa dekad lalu di mana kini mulai menjadi tumpuan peniaga dan pelabur hartanah.

“Pelbagai bangsa dan agama mendiami Sibu Jaya menjaminka­n bandar ini bakal menjadi sebuah bandar rakyat,” katanya.

Hii memuji peranan pemaju banyak menganjurk­an beberapa aktiviti dan pesta di Sibu Jaya dalam usaha menghargai pendudukny­a membeli hartanah, rumah dan sebagainya.

Beliau turut mengucapka­n Selamat Hari Kemerdekaa­n kepada penduduk dianggarka­n kira-kira 5,000 hadir membanjiri pekarangan tapak pesta tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia