Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa harus beri pendidikan terbaik kepada anak, kata Teo

-

SIBU: Ibu bapa diminta tidak mengabaika­n soal pendidikan anak-anak agar proses pembelajar­an mereka tidak ketinggala­n daripada pelajar lain.

Kaunselor Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Teo Boon Siew berkata walau apa halangan sekalipun ibu bapa harus memberi pendidikan terbaik untuk anakanak mereka.

Dalam pada itu, beliau berasa kagum terhadap inisiatif ibu bapa yang menghantar anak- anak mereka belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

“Saya bukan mempromosi­kan sesuatu bahasa tetapi jika kita mampu menguasai banyak bahasa boleh membuka banyak peluang kepada kita.

“Apa lebih penting kita harus memastikan anakanak mendapat pendidikan sepatutnya,” katanya pada majlis perasmian Pentas Rakyat sempena Fiesta Sibu Jaya baru-baru ini.

Lebih 3,000 hadirin memeriahka­n pesta itu.

Beliau turut berharap ibu bapa boleh menjadi contoh terbaik buat anak-anak mereka dalam kehidupan seharian.

“Kalau kita menunjukka­n perangai buruk kita terhadap anak-anak, mengapa harus kita menyalahka­n anak-anak jika mereka mengikut cara kita.

“Daripada secara terus menyalahka­n anak- anak adalah baik kita memberikan contoh atau tauladan yang baik untuk diikuti oleh anak- anak kita,” ujarnya.

Selain itu, Teo turut menyentuh mengenai pembanguna­n sekitar kawasan Sibu Jaya di mana banyak bangunan dan perumahan baharu dibangunka­n masa kini.

Katanya, banyak program atau acara diadakan di Sibu Jaya di samping kawasan itu dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni yang boleh menarik ramai pengunjung.

“Sebagai ahli majlis MDLBS, saya berasa bangga kerana Sibu Jaya terletak di bawah bidang kuasa kami (MDLBS). Sibu Jaya umpama mahkota bagi kita,” katanya.

Teo yakin Sibu Jaya terus pesat membangun di bawah pengurusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan MDLBS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia