Utusan Borneo (Sarawak)

Berdikari, kreatif tarik pelanggan

Peniaga Taman Selera Harmoni juga diseru kerjasama erat dengan MPS

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Para peniaga di Taman Selera Harmoni di sini disaran lebih berdikari dan kreatif menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke medan selera tersebut.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain berkata peniaga harus kreatif memilih menu makanan agar mampu berdaya saing dengan peniaga lain.

“Jangan mengikut apa dijual oleh peniaga lain. Contohnya, jika gerai sebelah menjual menu ‘mi udang,’ jangan kamu menjual mi udang juga.

“Sebaliknya, lebih kreatif dan tampil dengan sesuatu berbeza menarik pelanggan,” katanya pada Program Santai ‘Di Ambang’ 31 Ogos di Taman Selera Harmoni di sini, malam Rabu lalu.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Masyarakat Melayu Bandar Sibu ( PMMBS) Kaunselor Rabek Ali Hamid selaku pengerusi penganjur dan Pengerusi Jawatankua­sa Peniaga Taman Selera Har-

Jangan mengikut apa dijual oleh peniaga lain. Contohnya, jika gerai sebelah menjual menu ‘mi udang,’ jangan kamu menjual mi udang juga. Sebaliknya, lebih kreatif dan tampil dengan sesuatu berbeza menarik pelanggan.

moni, Abdul Taib Rosli.

Rogayah menambah, Sibu mempunyai banyak medan selera, justeru memerlukan peniaga di Taman Selera Harmoni bersaing dan berharap medan selera itu menjadi tempat makan paling popular di sini.

Beliau turut menggesa jawatankua­sa itu supaya bekerjasam­a rapat dengan MPS untuk memudahkan kedua-dua pihak menyalurka­n maklum balas, keprihatin­an dan cadangan daripada peniaga.

“Kerja berpasukan di kalangan peniaga amat penting untuk memastikan kejayaan medan selera ini,” tambah beliau.

Sementara itu, tempat letak kereta baharu di hadapan medan selera tersebut dan

Rogayah Jamain Timbalan Pengerusi MPS

kekemasan susun atur kerusi dan meja makan menjadi pendorong utama ramai pengunjung datang ke Taman Selera Harmoni setiap malam.

 ??  ?? MERIAH: Abdul Taib (kiri) bersama Rogayah (empat kiri) dan tetamu pada Program Santai ‘Di Ambang’ 31 Ogos di Taman Selera Harmoni, Sibu malam Rabu lalu.
MERIAH: Abdul Taib (kiri) bersama Rogayah (empat kiri) dan tetamu pada Program Santai ‘Di Ambang’ 31 Ogos di Taman Selera Harmoni, Sibu malam Rabu lalu.
 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Belia dari Bahagian Belia Katedral Sacred Heart menyertai kempen kebersihan di Sibu semalam.
GOTONG-ROYONG: Belia dari Bahagian Belia Katedral Sacred Heart menyertai kempen kebersihan di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia