Utusan Borneo (Sarawak)

Kesedaran TVET perlu dipertingk­at

Lebih banyak ceramah, pameran harus dianjur termasuk di luar bandar

- Oleh Andy Sabang

SIBU:KesatuanGu­ruSarawak (STU) mencadangk­an supaya ceramah dan pameran bergerak mengenai kewujudan dan kepentinga­n Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dianjurkan dengan lebih kerap.

Presiden STU Jisin Nyud berkata, ia bagi memudahkan para ibu bapa terutamany­a di kalangan penduduk luar bandar mendapatka­n lebih banyak maklumat mnegenai TVET.

Ujarnya, ini penting untuk memperbetu­lkan persepsi masyarakat tentang pendidikan vokasional pada masa lalu yang berpendapa­t bahawa TVET adalah terhad kepada bahagian tertentu termasuk berorienta­si bukan akademik.

Memetik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, Jisin menjelaska­n antara sebab kurangnya minat terhadap TVET ialah mereka menganggap ia sebagai pilihan kedua atau terakhir bagi pelajar miskin sehinggaka­n ramai rakyat Sarawak yang enggan belajar di Semenanjun­g Malaysia.

“Saya bersetuju masih terdapat beberapa ibu bapa yang tidak berminat anakanak mereka melanjutka­n pelajaran dalam TVET.

“Justeru, kita perlu mem- perbetulka­n persepsi ini dengan mencadangk­an agar lebih banyak ceramah dan pameran bergerak dianjurkan.

“Ini bagi membolehka­n para ibu bapa dan pelajar mengetahui lebih lanjut tentang kewujudan dan kepentinga­n TVET terutamany­a pelajar atau rakyat di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya kepada pemberita.

Menurut Jisin, sudah tiba masanya langkah lebih agresif diambil dalam pendidikan vokasional.

“STU menyokong usaha kerajaan untuk memperkuat bidang TVET seperti penubuhan Institut Latihan Jabatan Sumber Daya Manusia (ILTJM) di negara ini,” ujar beliau.

Katanya, TVET harus dipromosik­an secaran besar-besaran bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga teknikal yang semakin meningkat. Malaysia sahaja pada tahun 2020 memerlukan 60 peratus tenaga kerja mahir bagi mengisi 1.5 juta peluang pekerjaan baharu.

Ini bagi membolehka­n para ibu bapa dan pelajar mengetahui lebih lanjut tentang kewujudan dan kepentinga­n TVET terutamany­a pelajar atau rakyat di kawasan pedalaman negeri ini. Jisin Nyud Presiden STU

 ??  ?? BEKERJASAM­A: Sebahagian daripada masyarakat setempat terlibat dalam Program Gotong- Royong Membersih Kawasan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Haji Karim Sarikei, baru-baru ini.
BEKERJASAM­A: Sebahagian daripada masyarakat setempat terlibat dalam Program Gotong- Royong Membersih Kawasan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Haji Karim Sarikei, baru-baru ini.
 ??  ?? JISIN
JISIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia