Utusan Borneo (Sarawak)

Asriq Farizal dan Ainul Amirah johan tilawah al-Quran kanak-kanak Kpg Baru Hulu Betong

-

BETONG: Asriq Farizal Saiful Rizal dinobat qari pertanding­an Tilawah al-Quran KanakKanak Peringkat Kampung Baru Hulu Betong berlangsun­g di Surau Darul Taqwa di sini baru-baru ini.

Manakala masing-masing Mohamad Aireel Hafizi Saleman dan Mohd Asraf Drahman menjadi naib johan dan tempat ketiga bagi kategori sama.

Kategori perempuan menyaksika­n Ainul Amirah Hanan Abdul Hamid telah diumumkan johan manakala Asryana Elisya Saiful Rizal menjadi naib johan dan Nurul Safiah Zahra Sabli dikeduduka­n ketiga.

Program itu merupakan salah satu aktiviti Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung(JKKK) Kampung Baru Hulu Betong dan Group Jom Ngaji memberi pendedahan kepada anak kampung berusia 13 tahun dan ke bawah mendalami ilmu mengaji al- Quran dengan bacaan betul selain sebutan huruf tepat.

Penghulu Kampung Melayu Betong, Abang Zawawie Rajit berkata, anak perlu dididik untuk mendalami al-Quran seawal usia mengasaska­n mereka dengan ilmu dunia dan akhirat.

“Saya amat teruja dan berterima kasih atas usaha guru mengajar asas dan teknik betul mendidik anak kampung mempelajar­i bacaan al-Quran sekali gus mengajar ilmu dijadikan panduan untuk ke- hidupan didunia dan akhirat.

“Sebagai ibubapa seharusnya kita mencambahi anak-anak dengan benih yang sempurna agar ianya menjadi subur dan menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Kursus Pengurusan Jenazah dan Perujian Tila- wah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Kampung Baru Hulu Betong.

Tambahnya, ibu bapa perlu juga belajar sama jika anak mengaji al- Quran kerana ianya boleh memberi keberkatan dan mengajak mereka untuk turut sama membaca Al-Quran.

“Saya sarankan untuk kita sebagai ibubapa memberi pendekatan belajar bersama anak-anak kerana tidak semua kita pandai membaca al-Quran dengan betul,” ujarnya.

“Jika perlu hantar anakanak untuk masuk ke sekolah aliran agama sekiranya berpeluang,” tambahnya lagi.

Seramai 11 peserta yang diuji menyertai perujian tilawah tersebut yang merangkumi lima lelaki dan enam perempuan.

Manakala seramai 46 peserta turut menyertai kursus pengurusan jenazah yang dilangsung sebelah siangnya.

Hadir sama Ketua Kampung Baru Hulu, Rokiah Mahmud, Pengerusi Surau Darul Taqwa, Abang Dalhan Abang Yaman, ketua kampung serta kariah surau.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Zawawie bergambar bersama tetamu dan peserta tilawah di Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Hulu Betong baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Zawawie bergambar bersama tetamu dan peserta tilawah di Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Hulu Betong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia