Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n digesa percepat naik taraf perparitan di Skim Stampin

-

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan digesa agar mempercepa­tkan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Skim Penempatan Semula Stampin di BDC di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong berkata, sistem perparitan di skim penempatan berkenaan adalahmasa­lahutamape­nduduk yang sering mengundang banjir kilat disebabkan parit tersumbat selain jalan-jalan di lorong yang sempit.

“Sebelum ini saya telah membangkit isu berkaitan projek ini pada persidanga­n DUN yang terakhir dan saya baharu menerima jawapan daripada kementeria­n, di mana mereka mendedahka­n sudah ada peruntukan.

“Menurut kementeria­n pada Rancangan Malaysia Kesebelas ( RMK11) peruntukan RM5 juta telah dilulus untuk mengendali­kan kerja-kerja menaik taraf perparitan di Skim Penempatan Semula Stampin,” katanya pada sidang media bersama Pengerusi DAP Chong Chieng Jen di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Tambah Yong, jumlah RM5 juta untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasan skim berkenaan sudah pasti belum mencukupi tetapi ia boleh di- lakukan secara berperingk­at.

Beliau memberitah­u kos bagi menggantik­an semua kerjakerja menaik taraf parit tanah kepada konkrit itu dianggarka­n menelan kos RM40 juta.

“Skim penempatan berkenaan telah diwujudkan lebih kurang 30 tahun lalu namun infrastruk­tur asasnya masih jauh ketinggala­n dan kita amat berharap kementeria­n dan pihak berkuasa tempatan mempercepa­tkan kerja-kerja menaik taraf.

“Ini agar orang ramai atau rakyat tahu bila mereka akan memulakan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan,” tegasnya.

Beliau menjelaska­n Skim Penempatan Stampin di bawah kawasan DUN Kota Sentosa dan kawasan Parlimen Stampin.

 ??  ?? HARAP DIPERCEPAT: Yong (kanan) bersama Chong pada sidang media semalam.
HARAP DIPERCEPAT: Yong (kanan) bersama Chong pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia