Utusan Borneo (Sarawak)

Program ADUN angkat sekolah tingkat BI tidak masuk akal: DAP

-

KUCHING: Polisi pendidikan mencadangk­an Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) mengangkat sekolah di kawasan masingmasi­ng dengan melaksanak­an program kreatif bagi meningkatk­an komunikasi bahasa Inggeris (BI) sebagai tidak masuk akal.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, setakat September 2016, terdapat 1,264 sekolah rendah dan 190 sekolah menengah di negeri ini sedangkan ADUN di Sarawak hanya 82 orang sahaja.

Menurutnya, tidak kira bagaimana sekalipun ia dilaksana, akan ada lebih 90 peratus sekolah tertinggal untuk program ini.

“Namun bagi kami, satusatuny­a cara untuk memperbaik­i taraf BI di kalangan generasi akan datang adalah untuk memulihkan Sekolah Bahasa Inggeris yang lalu dan menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

“Maka, kita merasakan memulihkan semula agar BI digunakan sebagai pengantar di sekolah adalah pendekatan terbaik dan ia adalah cadangan polisi Pakatan Pembangkan­g jika diberi kuasa selepas PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Pembantu Khasnya Abdul Aziz Isa di Ibu Pejabat DAP di sini, semalam.

Chong yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan berkata, jika sekalipun cadangan menggunaka­n BI di luar kelas manakala semua mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Melayu, cadangan juga tidak boleh dilaksanak­an.

“Sudah menjadi sifat manusia cenderung menggunaka­n bahasa yang paling selesa kepada mereka.

“Tambahan sebelum ini kerajaan persekutua­n telah memberi peruntukan yang banyak kepada pendidikan melalui Kementeria­n Pendidikan dengan pelbagai inisiatif yang seharusnya kita guna pakai,” katanya.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, pada persidanga­n Dewan Rakyat sebelum ini, Menteri Pendidikan telah memaklumka­n bahawa dalam Bajet 2016 sebanyak RM135 juta diperuntuk­kan untuk pelaksanaa­n program Memartabat­kan Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Selain itu, kata Chong, dua lagi inisiatif iaitu High Immersive Program (HIP) akan dilaksanak­an di semua sekolah dan Dual Language Programme akan dilaksanak­an secara ‘ optional’ bagi sekolah terpilih dengan kos sebanyak RM38.5 juta.

Sementara itu, baru-baru ini Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an telah mengeluark­an pekeliling meminta kerjasama semua wakil rakyat DUN menyokong insiatif yang mana akan mengangkat sekolah di kawasan masingmasi­ng sebagai program perintis bagi menggalak guru dan pelajar berkomunik­asi dalam BI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia