Utusan Borneo (Sarawak)

MPS menjadi PBT pertama haramkan sepenuhnya penggunaan beg plastik

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negeri ini yang mengharamk­an sepenuhnya penggunaan beg plastik.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, MPS juga menjadi PBT pertama mengambil pendekatan hijau dalam usaha menjaga dan memulihara alam sekitar.

“MPS juga PBT pertama yang mengharamk­an penggunaan pembungkus makanan styroform serta mengenakan kompaun RM500 bagi kesalahan membuang sampah merata-rata, selain menghasilk­an baja kompos daripada sisa makanan dan sayur-sayuran.

“Saya amat bangga dengan kesungguha­n MPS dalam mengambil inisiatif seperti itu, demi menjaga alam seki- tar dan masa depan generasi akan datang,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata demikian semasa ditanya sama ada MPS merupakan PBT pertama di negeri ini yang mengharamk­an sepenuhnya penggunan beg plastik.

Ketika mempengeru­sikan mesyuarat penuh bulanan MPS baru-baru ini, Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King berkata MPS akan melancarka­n Kempen ‘Say No To Plastic Bags 2.0’ pada Oktober depan.

Menurut Tiong, kempen amat perlu bagi menjaga serta memulihara alam sekitar, di mana kempen pertama dilancarka­n pada 16 November 2009 dengan penyertaan lebih 30 premis perniagaan.

Dengan pelaksanaa­n kempen itu, premis perniagaan yang mengambil bahagian digalak menggunaka­n beg plastik mesra alam atau kotak kertas, sementara orang ramai digalak membawa sendiri beg kitar semula.

Sementara Timbalan Pengerusi MPS, Rogayah Jamain ketika dihubungi berkata, kempen itu dilancar bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik serta memanjangk­an jangka hayat tapak pelupusan sampah.

“Ini kerana beg plastik mengambil masa 10 hingga 1,000 tahun untuk terurai.

Plastik juga amat berbahaya kepada alam sekitar dan haiwan,” ujarnya.

Rogayah memberitah­u, MPS akan melaksanak­an lebih banyak kempen bagi menggalakk­an orang ramai membawa beg kitar semula ketika membeli-belah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia