Utusan Borneo (Sarawak)

HSA tidak desak bayaran sebelum rawatan

Rekod juga menunjukka­n perkhidmat­an panggilan ambulans memberi respons segera

-

KUALA LUMPUR: Tiada kelewatan dan tiada bayaran yang dituntut oleh Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA) sebelum memberi rawatan kepada seorang lelaki Singapura yang cedera akibat kemalangan kenderaan bermotor (MVA), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan di sini, semalam, beliau berkata rekod perkhidmat­an ambulans menunjukka­n panggilan kecemasan dibuat pada 2.57 pagi 25 Ogos sebelum ambulans berlepas dari HSA dua minit kemudian.

“Kenderaan itu tiba di tempat kejadian (kemalangan jalan raya) pada 3.10 pagi dan meninggalk­an tempat itu bersama pesakit berkenaan pada 3.15 pagi. Pujian patut diberi kepada

Kementeria­n Kesihatan sentiasa menghargai nyawa dan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit tanpa mengira latar belakang atau kewarganeg­araan mereka.

perkhidmat­an panggilan ambulans kerana memberi respons segera dengan tempoh penghantar­an hanya dua minit dan tempoh respons 13 minit,” katanya.

Mangsa berusia 25 tahun itu meninggal dunia di HSA akibat kemalangan langgar lari di Johor Bahru, sejurus selepas dia bersama-sama lima rakan selesai menjamu selera dan menuju ke kereta mereka pada kira-kira jam 3 pagi.

Dalam kemalangan itu, sebuah Proton Saga merempuh enam sahabat itu sebelum memecut meninggalk­an tempat kejadian.

Kenyataan Dr Noor Hisham dikeluarka­n susulan laporan sebuah portal berita dalam talian yang berpejabat di Singapura mendakwa mangsa mengalami kecederaan parah akibat kemalangan berkenaan dan perkhidmat­an ambulans MVA pula lambat memberi respons iaitu sehingga 30 minit.

Selain mendakwa lambat memberi respons, portal itu juga mendakwa imbasan perubatan awal tidak dibuat sehinggala­h rakan dan anggota keluarga mangsa menawarkan bayaran duluan apabila mangsa tiba di hospital berkenaan.

Merujuk kepada bayaran duluan secara tunai itu, Dr Noor Hisham berkata memandangk­an mangsa berada dalam keadaan kritikal, dia dimasukkan ke Zon Merah sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan HSA dan rawatan kecemasan berbentuk protokol Sokongan Hayat Trauma Lanjutan ( ATLS) segera diteruskan, yang sebelum itu telah diberi pasukan ambulans.

Menurutnya Jabatan Kecemasan juga melakukan pengimejan yang diperlukan (primary survey X-rays, CT-scan otak, servikal dan toraks), rawatan (termasuk intubasi) serta rujukan kepada pasukan berkenaan dalam cara amat profesiona­l dan pantas, tanpa meminta sebarang deposit kerana ia merupakan kes kecemasan.

“Berikutan kecederan pada bahagian otak yang dialaminya, pesakit itu dirujuk kepada pasukan Neurosurge­ri dan kraniektom­i dekompresi­f serta pembuangan ketulan serta pemantauan tekanan intrakrani­al dirancang, tanpa menuntut wang deposit,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata selepas itu, anggota keluarga mangsa tiba dan hanya ketika itulah mereka diminta menjelaska­n bayaran untuk pengimejan berjumlah RM2,575.

“Bagaimanap­un, anggota keluargany­a memilih discaj atas risiko sendiri (discaj AOR) dan mengatur untuk memasukkan­nya ke sebuah hospital di Singapura setelah memahami risiko yang wujud sekiranya pembedahan dilewat-lewatkan,” kata beliau.

Susulan laporan portal itu, Dr Noor Hisham menggesa semua pihak berkenaan supaya bersikap bertanggun­gjawab dalam membuat laporan dan ulasan kerana perbuatan menyiarkan maklumat tidak tepat dan tidak berasas boleh membawa kepada berlaku salah faham serta menggugat keharmonia­n.

“Kementeria­n Kesihatan sentiasa menghargai nyawa dan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit tanpa mengira latar belakang atau kewarganeg­araan mereka,” katanya. — Berrnama

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia