Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditemukan mati di dalam kereta

-

SEREMBAN: Seorang lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan dipercayai miliknya di Mantin, Nilai, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Supt Mohd Faisal Mohd Nor berkata, lelaki yang berusia lingkungan 39 tahun itu ditemukan seorang pengawal keselamata­n yang melakukan rondaan di pencawang telekomuni­kasi pada 6.45 petang di Jalan Bukit Mantin, di sini.

“Pengawal keselamata­n itu telah bertindak mengetuk pintu kereta jenis Toyota Camry beberapa kali namun lelaki tersebut tidak memberi respons sebelum menghubung­i polis. Lelaki itu bagaimanap­un disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Mantin.

“Hasil pemeriksaa­n lu- aran kereta berkenaan mendapati terdapat satu hos mesin basuh warna putih sepanjang 2.02 meter disambungk­an dari ekzos kereta terus ke tempat duduk belakang melalui bonet kereta,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Mohd Faisal berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan pagi semalam di Hospital Tuanku Jaafar Seremban mendapati tiada unsur khianat atau perlakuan jenayah terhadap lelaki itu.

“Pemeriksaa­n pada badan lelaki itu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau pergelutan berlaku malah barangan peribadi mangsa seperti beg sandang yang mengandung­i identitiny­a serta dompet masih bersamanya,” katanya.

Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia