Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP cadang tambah jumlah ketua masyarakat Cina di Miri

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan mencadangk­an kepada kerajaan negeri menambah jumlah ketua masyarakat Cina di Miri yang dikenal pasti masih kurang.

Presidenny­a, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata Miri kini hanya memiliki seramai 28 ketua masyarakat Cina lantikan kerajaan terdiri kapitan, penghulu dan pemanca.

Menurutnya, jumlah tersebut masih kecil berbanding Sibu lebih 130 orang.

“Jumlah ini amat kurang. Kita di pihak kementeria­n akan membincang­kan isu ini kepada kepimpinan kerajaan negeri. Ini kerana populasi di Miri besar dan memerlukan lebih ramai ketua kaum,” katanya di sini semalam.

Isu tersebut antara dibangkitk­an dalam sesi lawatan beliau menemui ahli- ahli parti di Bintulu, Batu Niah dan Lambir dua hari bermula kelmarin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu ditemani Menteri Muda Pelanconga­n dan ADUN Senadin, Datuk Lee Kim Shin Setiausaha Kehormat yang juga ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Maklumat yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii.

Sim berkata, lawatan ke cawangan parti itu bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama ahli-ahli parti semua peringkat.

Ia juga sebahagian daripada komitmen parti itu berkhidmat kepada ahli- ahli dan rakyat selepas pilihan raya.

“Kunjungan ini peluang kepada kita untuk menemui dan mendengar cadangan dan permasalah­an ahli-ahli khasnya dari cawangan terletak jauh dari bandar,” jelasnya.

Kunjungan itu juga parti pusat akan mendapat maklumat terkini perkembang­an serta isu dihadapi setiap cawangan.

“Saya menyeru ahli-ahli parti terus berhubung dengan cawangan lain termasuk peringkat bahagian dan negeri. Kita cari jalan mengatasi apa juga isu dihadapi demi kepentinga­n parti serta masyarakat secara menyeluruh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia