Utusan Borneo (Sarawak)

Anasuziana dinobatkan Ratu Puteri GLAM sempena Pesta Lundu 2017

-

LUNDU: Anasuziana Bong dinobatkan sebagai Ratu Puteri GLAM 2017 yang berlangsun­g sempena Pesta Lundu 2017 di Waterfront Lundu, baru-baru ini.

Gadis berusia 18 tahun dengan kacukan Cina, Bidayuh Biatah dan Iban yang berasal dari Lundu tersebut mengetepik­an saingan 14 peserta yang turut menyertai Pertanding­an Akhir Puteri GLAM.

Anasuziana yang turut menerima gelaran Puteri Favorites meraih wang tunai RM1,000, selempang, barangan kecantikan dan sijil penyertaan.

Dengan kemenangan itu, Anasuziana mewakili Daerah Lundu untuk pusingan akhir Pertanding­an Puteri GLAM 2017 pada penghujung tahun ini.

Tempat kedua dimenangi oleh Leya Ameera Annuar Rigos yang membawa pulang wang tunai RM750 dan tempat ketiga, dengan hadiah tunai RM500, dimenangi Sharipah Nuratikah.

Majlis penyampaia­n hadiah yang disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Lundu Awang Putrayusri Awang Redwan, turut dihadiri penasihat dan konsultan kecantikan GLAM Bridal yang juga Pengasas Puteri GLAM Datin Ezzanoni Hadjeli.

Selain itu, Puteri Best Catwalk dimenangi Liz Salsadila Shahmat diikuti Puteri Congeniali­ty dimenangi Sharipah Nuratikah, Puteri Photogenic (Maisarah Syariqah) dan Puteri Charming (Nuur Shazwani Yusup.

Lebih 2,000 menyaksika­n Pertanding­an Akhir Puteri GLAM di Waterfront Lundu.

Pelbagai aktiviti berlangsun­g pada malam kedua Pesta Lundu termasuk perahu berhias, pentas hiburan dan pelbagai jualan daripada usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia