Utusan Borneo (Sarawak)

SAA ajar kanak-kanak autistik kemahiran memasak pada pameran makanan

-

SIBU: Bagi membantu kanakkanak autistik berdikari, Pusat Austitik Sibu (SAA) telah mengajar kanak-kanak istimewa ini kemahiran hidup bagi memberi pengalaman hidup yang sebenar kepada mereka.

Ketika Pameran Makanan SAA di Pusat Agape di sini, kanak-kanak ini telah diajar kemahiran memasak untuk pelanggan yang datang.

Meskipun perlahan semasa menyediaka­n hidangan kepada pelanggan, namun apa yang lebih penting mereka boleh melakukann­ya jika diberi peluang.

“Ini adalah kali pertama kita membuat keputusan untuk membiarkan mereka memasak untuk pelanggan. Ia memerlukan masa sebulan untuk berlatih dan mengajar mereka,” ujar Penyelia SAA, Ling Fun Yee.

Semasa pameran itu, tiga kanak-kanak autistik terlibat dengan diawasi oleh dua guru dan seorang pelatih, di mana mereka diajar cara-cara memasak serta menghasilk­an burger.

Mereka juga dilengkapi dengan peralatan kebersihan seperti topi, sarung tangan dan sebagainya.

Ling berkata, SAA memulakan kelas memasak untuk tujuh kanak-kanak autistik sejak Julai tahun ini.

Beliau berkata, perancanga­n awal adalah untuk mengajar mereka tentang keselamata­n di dapur.

“Dari itu, kita mula terfikir kenapa tidak mengajar mereka cara untuk memasak, di samping aspek keselamata­n di dapur,” katanya.

Oleh itu, mereka mula diajar untuk memasak kampua pada bulan Julai dan pada bulan Ogos, mereka terus dengan burger, manakala bulan September pula untuk memasak hotdog.

Beliau berkata, selepas mempunyai kemahiran menghasilk­an burger, mereka memutuskan untuk membuat pameran makanan tersebut.

Menurut Ling, matlamat mereka adalah untuk membolehka­n kanak-kanak ini mempelajar­i kemahiran komunikasi di mana mereka akan berinterak­si dengan orang ramai.

Sementara itu, dalam Pameran Makanan SAA, terdapat 53 gerai menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Ini adalah acara tahunan SAA untuk mengumpulk­an dana untuk persatuan.

Pada tahun ini, SAA bertujuan mengumpul dana sebanyak RM100,000 daripada pameran itu. Setakat ini, mereka telah berjaya mengumpul kira-kira RM65,000.

 ??  ?? TAHNIAH: Anasuziana Bong memenangi Ratu Puteri GLAM sempena Pesta Lundu 2017 di Waterfront Lundu. Tempat kedua dimenangi oleh Leya Ameera (kiri) dan Sharipah Nuratikah.
TAHNIAH: Anasuziana Bong memenangi Ratu Puteri GLAM sempena Pesta Lundu 2017 di Waterfront Lundu. Tempat kedua dimenangi oleh Leya Ameera (kiri) dan Sharipah Nuratikah.
 ??  ?? MAHIR: Peserta pameran sedang memasak inti burger.
MAHIR: Peserta pameran sedang memasak inti burger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia