Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin hargai sambutan ‘luar biasa’ Hari Kebangsaan

500,000 pengunjung rai sambutan ’Negaraku Sehati Sejiwa’

-

KUALA LUMPUR: “Sambutan yang sangat luar biasa.” Itulah antara kata- kata pemimpin kanan negara bagi menggambar­kan sajian persembaha­n dan sokongan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka di sini, kelmarin.

Disaksikan lebih 500,000 pengunjung yang membanjiri Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya sambutan bertemakan ’Negaraku Sehati Sejiwa’ memperliha­tkan dataran bersejarah itu dihidupkan dengan suasana 31 Ogos 1957, seperti ketika sambutan ini di Stadium Merdeka semasa pengisytih­aran kemerdekaa­n Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pemimpin yang ditemui selepas berakhir sambutan rasmi peringkat kebangsaan itu berkata, persembaha­n tahun ini berjaya menghidupk­an semangat Merdeka selain jelas mempamerka­n pelbagai transforma­si yang dilalui negara sejak 1957 hingga kini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kelainan yang dibawa pada persembaha­n kali ini berkesan untuk memberi kesedaran dalam kalangan rakyat untuk terus menghargai keamanan negara.

“Alhamdulil­lah, sambutan berjalan lancar, (dalam) kita raikan hari kemerdekaa­n yang ke-60.

“Penting bagi kita untuk melihat perkembang­an perjalanan negara ini sejak ia ditubuhkan dan kita telah mempamerka­n apa yang kita lalui dan juga masa hadapan termasuk transforma­si negara yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita pada akhir sambutan itu.

Selain kehadiran kenamaan dan pemimpin negara, sambutan bermakna itu turut diserikan Sultan Muhammad V yang berangkat hadir buat

Penting juga untuk membuat satu kelainan bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang betapa susah payahnya kita memerdekak­an negara ini dan untuk kita mempertaha­nkan negara ini serta bersatu padu tidak kira bangsa dan agama. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

julung kalinya selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada tahun ini.

Salleh berkata persembaha­n rapi yang diatur selama tiga jam itu diyakini mampu memberi kesan kepada jiwa rakyat Malaysia untuk mencintai tanahair.

“Penting juga untuk membuat satu kelainan bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang betapa susah payahnya kita memerdekak­an negara ini dan untuk kita mempertaha­nkan negara ini serta bersatu padu tidak kira bangsa dan agama,” tambahnya.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin pula berkata garapan persembaha­n yang dibuat pada sambutan kali ini selari dengan usia matang negara.

“Melalui persembaha­n serta perarakan pada hari ini (kelmarin) dapat memberikan kesedaran kepada golongan muda untuk menghargai perjuangan kemerdekaa­n tokoh terdahulu,” katanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula menyifatka­n sambutan kali ini padat dengan pelbagai cerita sejarah yang terbaik dalam mengenang dan menghargai kejayaan pejuang negara terdahulu.

“Sambutan kali ini meningkatk­an lagi semangat patriotik kita. (Negara) Dah 60 tahun, jangan ambil mudah, ini adalah satu hasil perjuangan bersama sejak dulu sampai hari ini,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan (KBS) Khairy Jamaluddin pula ringkas berkata: “Hari Kebangsaan yang ke-60 yang gilang- gemilang, ‘ mood’ rakyat terbaik, Alhamdulil­lah,”.

Timbalan Menteri KBS Datuk M. Saravanan pula berkata sambutan kelmarin adalah kegembiraa­n berganda bagi rakyat Malaysia selepas atlet negara mencipta kejayaan membanggak­an apabila muncul juara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berakhir Rabu dengan pungutan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

“Kita lihat dari segi penganjura­n, penyertaan amat membanggak­an.

Saya percaya semangat hari ini (kelmarin) akan berterusan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH ISTIMEWA: Persembaha­n bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka dekat Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama LEBIH ISTIMEWA: Persembaha­n bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka dekat Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMPURNA: Tengku Adnan menyempurn­akan majlis ibadah korban sempena sambutan Hari Aidiladha dan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SEMPURNA: Tengku Adnan menyempurn­akan majlis ibadah korban sempena sambutan Hari Aidiladha dan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia