Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik pakar HSB beroperasi seperti biasa 4 September

-

KUANTAN: Gelagat seorang pemuda yang bersorak penuh semangat sambil mengibarka­n Jalur Gemilang setiap kali perarakan masuk kontinjen yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri Pahang yang diadakan di sini, kelmarin mencuri tumpuan pengunjung.

Tanpa mengendahk­an cuaca yang panas terik, pemuda yang memakai baju yang hampir lencun dek peluh kelihatan teruja melihat perbarisan sambil berdiri di atas kerusi di celah-celah kelibat orang ramai dengan sesekali berkata sesuatu kepada beberapa orang yang kelihatan jauh lebih muda daripadany­a.

Apabila dihampiri, pemuda berkenaan yang memperkena­lkan diri sebagai Wee Kwong Yaw, 36 adalah seorang guru tuisyen yang membawa lapan orang anak muridnya untuk turut sama memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan 2017 itu.

“Saya memang tidak pernah ketinggala­n untuk menghadiri sambutan hari kebangsaan dan sekarang apabila saya menjadi guru saya ‘heret’ pula anak-anak murid untuk turut sama datang bagi menyemai semangat patriotism­e dan sayangkan tanah air di dalam jiwa mereka.

“Kita dapati semangat nasionalis­me dalam kalangan generasi muda pada masa kini terlalu rapuh, sebab itu mereka perlu didedahkan dengan acara ini untuk wujudkan perasaan sayang dan cintakan negara di dalam jiwa mereka,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang daripada pelajar Wee, Tan Sze Ying, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Alor Akar berkata, beliau merasa teruja apabila dipelawa oleh gurunya untuk turut sama menyaksika­n perarakan Hari Kebangsaan 2017 yang diadakan di Jalan Mahkota itu sehingga sukar melelapkan mata malam sebelumnya.

“Rasa teruja, ini kali pertama saya menyaksika­n secara dekat perbarisan hari kebangsaan kerana pada kebiasaan hanya melihatnya menerusi televisyen dan surat khabar.

Kedua-dua ibu bapa saya pun tidak menghalang apabila saya memaklumka­n mahu mengikut guru datang ke sini, malah menggalakk­an.

Secara langsung acara seperti ini juga dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum yang hadir kelmarin dan saya rasa bangga menjadi anak Malaysia. — Bernama ALOR SETAR: Klinik Pakar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini akan beroperasi seperti biasa pada Isnin ini, biarpun cuti umum.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail dalam kenyataan semalam berkata sehubungan itu, pesakit yang mempunyai temujanji pada hari tersebut boleh datang seperti biasa mendapatka­n rawatan masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubung­i talian klinik pakar seperti tertera pada kad temu janji mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia